Connect with us

Cute

Gelagat Kucing Memakai Rantai & Loket Emas Gergasi Cetus Tawa Ramai

Gelagat dan kelakuan aneh si kucing, sering kali mencuit hati manusia. Tambah pula, pemilik si bulu yang rajin menghias dan memakaikan pakaian dan aksesori yang comel bakal menambat hati sesiapa sahaja yang melihat mereka.

Aksi seekor kucing telah mendapat perhatian dan bualan orang ramai dek kerana, pemiliknya memakai seutas rantai ataupun kolar yang bersalutkan emas. Lagi menjadi perhatian, kucing berkenaan telah dipakaikan dengan loket emas yang bersaiz agak besar dari loceng yang sering dilihat.

Bulat mata dapat rantai emas!

Aksi kucing ini sekaligus telah disamakan dengan gelagat makcik-makcik joyah. Diruangan komen, ramai yang dilihat sangat terhibur dengan aksi anak kucing ini. Beberapa keping foto anak kucing bersama loket emasnya juga telah dimuat naik untuk tatapan ramai.

Tertidur2 sambil pakai rantai!

 

Ramai pulak nak tiru!

“Selalu yang macam ni ketua2 mafia je…”

Oh Datin Abby nama dia!

Dah macam makcik2 Joyah je…

Sudah tentunya perkara ini hanyalah satu gurauan semata-mata.  Usahlah mengambil serius terhadap sesuatu perkara yang tular dan sekadar untuk hiburan dan suka-suka sahaja.

Sumber: Facebook, Fariha Norbaya.

Continue Reading
Advertisement

Trending