Connect with us

WTF

Gara2 Tak Puas Hati, Bapa Pesakit Tendang Jururawat & Minta Sujud Mohon Maaf

Seorang jururawat di Indonesia menjadi mangsa keadaan selepas salah seorang bapa pesakit tidak berpuas hati dengan layanan yang diberikan di Hospital Siloam Sriwijaya, Sumatera Selatan, pada Khamis lalu.

Menurut laporan Tribun News, mangsa Christina Ramauli ditendang pada perut, ditampar dan ditarik rambutnya oleh suspek yang berbaju merah sebelum diminta bersujud untuk memohon maaf menerusi video yang tular di media sosial.

Ketua Bahagian Pembangunan Kejururawatan, Benedikta Betty Bawaningtyas berkata, ketika kejadian suspek yang dikenali sebagai JT mahu menjemput anak lelakinya untuk pulang ke rumah selepas empat hari dirawat akibat penyakit radang paru-paru.

View this post on Instagram

A post shared by Tribun Medan (@tribunmedandaily)

Advertisement

Jururawat berusia 27 tahun itu seperti biasa, melakukan tugas mengikut prosedur seperti mencabut infus (air drip), menggunakan kapas alkohol dan kemudian menampal plaster.

‚ÄúTapi disebabkan anaknya yang berusia dua tahun, sedang aktif (tak boleh duduk diam) apatah lagi didukung, jadi darahnya keluar sehingga plaster tercabut,” kata Betty.

Situasi itu membuatkan ibu pesakit panik dan terus mengadu kepada pihak pengurusan sebelum diganti dengan kapas baru. Seolah-olah masih tidak berpuas hati, wanita itu mengadu kepada suaminya sebelum lelaki tersebut tiba di hospital.

Maka terjadilah kekecohan antara ibu bapa pesakit dan mangsa sebelum dibantu oleh beberapa petugas bagi meleraikan insiden berkenaan.

Difahamkan, suspek telah ditahan pihak polis akibat bertindak kasar malah mengakui tidak mampu menahan emosi ketika mendapat tahu tangan anaknya berdarah selepas jarum infus dicabut.

Advertisement

Sumber: Jakarta Tribun News , Medan Tribun News , Kompas

Continue Reading
Advertisement

Trending