Connect with us

Cute

Gara2 Rindu Rakan, Budak Lelaki Senyap2 Menyamar Jadi ‘Baby Shark’!

Wabak pandemik COVID-19 telah memaksa hampir seluruh penduduk di dunia membataskan aktiviti di luar rumah. Senario yang berlaku ini menunjukkan bertapa kroniknya virus yang menular ketika ini.

Sememangnya diakui, duduk di rumah dalam masa tempoh yang agak lama amat membosankan jika tidak diisi dengan perkara dan aktiviti yang berfaedah. Malah, ada yang sanggup membuat tindakan berani mati dengan melanggar arahan pihak berkuasa kerana mahu berjalan-jalan di luar.

Satu kejadian yang mencuit hati dimana, seorang budak lelaki dilaporkan menggunakan taktik penyamaran dengan menyarung kostum baby shark untuk bertemu dengan kawannya.

Kanak-kanak yang dikenali sebagai Jalen Feimster mengenakan kostum tersebut bagi mengaburi mata ibunya bernama Christine yang berada di luar rumahnya di Ponchatoula, Louisiana pada ketika itu.

Menerusi satu perkongsian di akaun Facebook Christine, dia menulis: “Sedang saya asyik melayari Facebook saya, saya tertarik dengan sebuah perkongsian gambar berkenaan seorang kanak-kanak di dalam kostum Baby Shark di kawasan kejiranan saya.

Dia kemudiannya tersedar bahawa, kanak-kanak terbabit adalah anaknya kerana kostum tersebut dimiliki oleh Jalen Feimster. Anak lelakinya itu kerap kali bertanya sama ada boleh bermain bersama kawannya atau tidak.

Malah, dia sering kali melarangnya dan menjelaskan bahawa keadaan tidak selamat untuk bermain diluar.

Jalen Feimster memakai kostum tersebut dan berjalan di kejiranan ini supaya dia boleh menjenguk kawannya dan melambaikan tangan kepada mereka.

Sumber: SK.

Continue Reading
Advertisement

Trending