Connect with us

WTF

Gara2 Pemberian Sebiji Kobis, Habis Punah Penjarakan Sosial & Undang ‘Red Zone’

Penularan wabak pandemik COVID-19 memaksa rakyat Malaysia menukar rutin dan kebiasaan mereka kepada sesuatu yang baru. Perkara ini dikenali sebagai new normal dan perkara yang kebiasaan dilakukan tidak boleh lagi dipraktikkan ketika ini.

Berjabat tangan, berhimpun, malah keluar ketempat awam tanpa hala taju kini merupakan satu kesalahan. Bagi mengelakkan diri daripada terkena jangkitan COVID-19, rakyat sering diwar-warkan untuk sentiasa menjaga kebersihan dan jaga penjarakan sosial (social distance) semasa berada di tempat awam.

Menurut perkongsian seorang pengguna laman Facebook, keadaan dilihat amat mengecewakan setelah orang ramai dilihat berkumpul dan beratur tanpa mengamalkan penjarakan sosial sesama sendiri.

Perkara ini dikatakan telah berlaku di Pekan Inanam, Kota Kinabalu Sabah dimana masyarakat tempatan terleka dengan bantuan kobis yang diberikan secara percuma oleh penduduk setempat.

Lebih menghairankan, ramai yang sanggup beratur dan bersesak ditengah panas gara-gara ingin mendapatkan sebiji kobis yang akan diberikan pada setiap orang.

Lebih mengejutkan, semua dilihat tidak mengamalkan peraturan penjarakan sosial kerana Pekan Inanam dikatakan sedang menuju kearah status zon merah.

Sudah pastinya, perkara yang berlaku ini amat mengecewakan dan sekaligus mengundang bahawa kepada orang lain.

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending