Connect with us

WTF

Gara2 Mengawan 5 Kucing Betina Dalam 1 Malam, Kucing Jantan Terpaksa Dimasuki Drip

Kucing jantan mengalami tahap kematangan pada umur yang berbeza dan ia bergantung pada jenis baka. Sesetengah baka seperti Siamese akan mula ‘in heat’ seawal umur lima bulan, manakala baka berbulu panjang akan mula matang pada usia 10 bulan ke atas.

Sama seperti kisah pada kali ini, seekor kucing jantan di China dilaporkan sedang mengawan. Namun apa yang mengejutkan apabila kucing tersebut terpaksa dimasuki air gula kerana mengawan tanpa henti.

Terpaksa diberikan ‘drip’ akibat kepenatan melampau

Xiaopi yang merupakan seekor kucing baka Russian Blue telah diberikan air gula apabila mengalami kepenatan melampau, kerana mengawan sebanyak lima ekor kucing betina hanya dalam tempoh satu malam.

Dah tak bermaya!

Mengawan dalam jangka masa yang panjang telah menyebabkan kucing tersebut tidak bermaya sehingga terpaksa dimasuki drip.

Ketika kejadian itu berlaku, pemilik kucing tersebut yang dikenali sebagai Zhao telah meninggalkan kucing miliknya di sebuah hotel kucing atas sebab-sebab tertentu. Namun dia tidak menyangka kucingnya akan mengalami situasi seperti itu.

Tahu melalui rakaman CCTV

Menurut rakaman kamera litar tertutup di hotel kucing berkenaan, kucingnya didapati sedang mengawan dari jam 10.40 malam sehingga 5 pagi.

Xiaopi tidak bersalah kerana mengawan, namun Zhao mempersoalkan tindakan kakitangan premis tersebut kerana tidak mengasingkan kucing-kucing di situ, malah membiarkan kucingnya berkeliaran di hotel itu pada waktu malam.

Apa yang membuatkan Zhao berasa kesal, apabila pemilik hotel kucing tidak mahu bertanggungjawab dan memintanya untuk memberi penjelasan kepada lima pemilik kucing betina itu.

Adakah salah saya kerana Xiaopi mengawan? Kucing saya juga menerima kesan.”

Setelah berunding, akhirnya pemilik hotel berkenaan memohon maaf kepada Zhao dan bersetuju untuk membayar kos rawatan. Pihak premis itu juga akan membayar pampasan jika kucing betina tersebut hamil.

Sumber: LADBible

Continue Reading
Advertisement

Trending