Connect with us

WTF

Gara2 Masakan Terlalu Masin, Bapa Maut Ditikam Anak Lelaki

Apabila bercakap soal jenayah, ia boleh berlaku tidak kira dimana sahaja tanpa diduga. Malah kadang-kala berlaku hal kecil sahaja, namun boleh membawa kepada tragedi yang tidak disangka-sangka!

Menerusi laporan Tribun News, satu kejadian menyayat hati berlaku di sebuah daerah di Kabupaten Trenggalek, Indonesia semalam apabila seorang anak sanggup meragut nyawa bapa kandungnya sendiri.

Menurut Pegawai Polis Trenggalek AKP Tatar Hernawan, hal ini berpunca apabila suspek Fera Setyadi yang berusia 27 tahun tidak berpuas hati kerana masakan dihidangkan oleh bapanya didakwa terlalu masin selain mempunyai dendam terhadap mangsa.

Makanan dihidangkan sewaktu sahur itu dikatakan terlalu masin, sekali gus membuatkan suspek mendakwa orang tuanya yang dikenali sebagai Wajib itu mungkin memasukkan racun ke dalam makanan tersebut.

Setelah siap bersahur, secara tiba-tiba suspek datang mendekati bapanya lalu memukul dan menusuk dengan menggunakan sebilah sabit.

“Keterangan daripada suspek sendiri kerana dendam merasa dirinya dipinggirkan,” jelas AKP Tatar Hernawan.

Walau bagaimanapun menerusi laporan sama, suspek dipercayai mengalami masalah gangguan jiwa sehingga membuatkan dirinya berfikiran seperti itu sebelum bertindak membunuh arwah bapanya yang berusia 50 tahun.

Sumber: Tribun News

Continue Reading
Advertisement

Trending