Connect with us

WTF

Gara2 Berebut Lauk Kenduri, Dua Wanita Ini Bercakaran Sesama Sendiri

Kebiasaannya tetamu yang hadir lewat ke majlis kenduri pasti akan mengalami situasi di mana lauk yang disediakan oleh pihak pengantin telah kehabisan.

Kita juga jarang melihat sesuatu situasi yang pelik atau memalukan ketika berada di majlis kenduri. Walau bagaimanapun,  kisah pada kali ini sangat berbeza apabila jemputan yang hadir di kenduri kahwin bergaduh sesama sendiri.

Angkara rendang, dua wanita bergaduh

Kejadian ini berlaku di Indonesia pada baru-baru ini apabila dua orang wanita bergaduh kerana salah seorang daripada mereka telah menghabiskan lauk rendang sehingga habis.

Pada mulanya mereka hanya bergaduh mulut, namun lama-kelamaan pergaduhan tersebut menjadi semakin besar apabila mereka saling memerli antara satu sama lain.

 

 

Wanita berbaju hijau yang berada di barisan hadapan telah mencedok banyak lauk sehingga habis menyebabkan wanita yang berbaju coklat marah kerana daging rendang yang di dalam tray telah habis.

“Awak nak bagi satu kampung makan ke?” tanya wanita berbaju coklat yang berada di barisan belakang dengan nada tinggi.

Wanita berbaju hijau mendengari sindiran tersebut maka tercetuslah adegan tolak-menolak di antara mereka.

 

Pergaduhan itu telah disaksikan oleh seluruh tetamu yang hadir sehingga menyebabkan kes ini tular di laman sosial. Ramai netizen yang melihat video tersebut memberi komen negatif terhadap perilaku dua wanita ini.

Kejadian ini juga memberi impak negatif terhadap pasangan pengantin dan tetamu apabila suasana majlis yang meriah tiba-tiba bertukar menjadi huru-hara.

Rupa-rupanya pergaduhan tersebut hanya untuk lakonan semata-mata demi mempromosikan iklan produk. Ini merupakan salah satu inisiatif untuk pemasaran produk itu sahaja.

Sumber: TribunNews.com

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending