Connect with us

WOW

Gara2 Bagasi ‘Overweight’, Gadis Ini Sanggup Pakai 9 Helai Baju Dan 3 Seluar

Setiap orang yang melancong pasti akan mengalami situasi dilema apabila mereka sukar untuk memilih pakaian yang sesuai.

Seperti yang diketahui ramai, jumlah berat bagasi yang dibenarkan hanyalah sebanyak 7kg sahaja, namun terdapat seorang wanita yang menyelesaikan masalah tersebut dengan cara yang paling kreatif apabila ditahan oleh pegawai kerana melebihi had.

Pakai 9 helai baju dan 3 seluar

Wanita terbabit dikatakan telah bertindak secara spontan, apabila dia telah memakai berlapis-lapis baju dan seluar sebanyak yang mungkin apabila ditahan kerana berat beg pakaiannya mencecah 9kg.

Enggan membuang pakaian yang berlebihan, dia sedaya upaya memuatkan beberapa helai baju dan seluar pada ketika itu sehingga kelihatan kelakar.

Namun, wanita tersebut dengan bangganya telah memuat naik sekeping gambar ketika dia memakai pakaian berlapis itu di laman media sosial.

Dengan tindakan seperti itu, dia akhirnya berjaya mengurangkan berat bagasinya sehingga menjadi sebanyak 6.5 kg sahaja.

Walaupun kisah ini adalah kelakar, namun orang ramai dinasihatkan agar mematuhi peraturan-peraturan yang telah ditetapkan supaya tidak mengalami sebarang masalah ketika hendak melancong.

Sumber: Facebook

 

Continue Reading
Advertisement

Trending