Connect with us

WTF

Gara-Gara Cuba Ambil Mainan, Kanak-Kanak Tersangkut Dalam Mesin Basuh

Seorang kanak-kanak lelaki menghadapi detik-detik cemas setelah dia tersepit di dalam mesin basuh di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Pihak bomba telah menerima panggilan daripada sebuah keluarga yang memohon bantuan bagi mengeluarkan anak mereka yang tersangkut di dalam mesin basuh.

Di dalam video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok, Waly Hashim beberapa ahli bomba dilihat bergegas ke rumah keluarga mangsa itu.

Setibanya mereka di sana, seorang wanita yang telah pun sedia menunggu kedatangan bomba sambil mendukung anak kecilnya dan menunjukkan kedudukan mesin basuh yang terletak di bahagian dapur.

Seorang kanak-kanak kelihatan sudah terbaring di atas lantai dengan separuh daripada badannya di dalam mesin pengering. Sebuah bantal didapati telahpun diletakkan di bawah kepalanya sebagai alas.

Advertisement
@walyhashimTag kawan2 yang ada anak kecil ##fypシ ##fypage♬ Fade灵魂电音绝美吟唱 (69 Remix) – Alan Walker

 

Menurut Waly, kanak-kanak yang dikenali sebagai Aiman itu berusia 3 tahun dikatakan cuba mengambil mainan di dalam mesin basuh namun badannya tersangkut dan gagal untuk keluar.

Mesin basuh semi automatik itu terpaksa dipotong pada bahagian pengering demi menyelamatkan mangsa. Berbekalkan sebilah mesin gergaji dan kudrat tenaga beberapa orang ahli bomba, akhirnya Aiman berjaya dikeluarkan.

Confirm jadi bahan lawak family sampai besar

Video ini yang mendapat tontonan lebih 1.2 juta itu mendapat pelbagai reaksi pengguna aplikasi itu.

Terdapat netizen yang meninggalkan komen bernada gurauan dengan mengatakan kejadian ini akan diingati sampai kanak-kanak itu membesar nanti.

Advertisement

Bukan setakat kepakaran, tapi turut memerlukan kepintaran

Kecekapan anggota bomba dalam usaha mengeluarkan kanak-kanak itu menerima pujian netizen.

Tutorial untuk dapatkan mesin basuh baru

Beberapa netizen juga berharap kejadian sebegini tidak berlaku lagi memandangkan ibu bapa nanti terpaksa mengeluarkan duit poket bagi membeli mesin basuh yang baru.

Pernah putus jari sebab hulur masuk mesin basuh

Lebih mengejutkan apabila seorang netizen berkongsi pengalaman adiknya yang terputus jarinya gara-gara menghulurkan jari ke dalam mesin basuh yang sedang berfungsi.

Sumber: TikTok @walyhashim

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending