Connect with us

Infozon

Gambar Anak Anda Yang Tidak Sepatutnya Disiarkan Di Media Sosial

Sekarang kita hidup dalam era di mana mengambil gambar anak-anak dan menyiarkannya di media sosial adalah sebagai suatu yang biasa. Dalam keghairahan berkongsi gambar-gambar si kecil di majlis hari jadi, memakai pakaian baru atau bersiar-siar di zoo adalah sesuatu yang comel. Namun ada jenis-jenis gambar yang seharusnya dielakkan disiarkan di media sosial. Jika tidak, anda boleh meletakkan anak-anak anda berisiko untuk rasa malu, atau lebih teruk lagi, menjadikan mereka potensi sasaran pemangsa kanak-kanak.

Oleh itu, seelok-eloknya 6 jenis gambar anak anda ini tidak disiarkan di media sosial;-

1. Gambar semasa mandi

Mana-mana gambar anak anda telanjang sebahagian atau sepenuhnya, seperti semasa dia mandi, bukan untuk tatapan umum. Mungkin anda berfikir gambar-gambar tersebut adalah comel, tetapi gambar anak anda tidak berpakaian itu mungkin jatuh ke tangan orang yang tidak bertanggung jawab dan digunakan untuk laman-laman web pornografi kanak-kanak.

2. Gambar sewaktu sakit atau cedera

Sebagai ibu bapa, adalah menjadi tugas kita untuk melindungi anak-anak kita dan tidak mengambil kesempatan daripada mereka. Tanya diri anda sendiri soalan ini. Adakah anda mahu seseorang menyiarkan gambar-gambar anda semasa anda merasa teruk dan buruk? Mungkin tidak. Oleh itu perlu ada piawaian anda mempertimbangkan apa yang sesuai atau tidak sesuai disiarkan di media sosial.

3. Gambar yang memalukan

Gambar-gambar anak anda dalam situasi yang memalukan ini boleh memberi kesan jangka pendek dan jangka panjang yang buruk kepada anak-anak anda. Bukan sahaja memalukan, malahan memberi kesan terhadap tahap kepercayaan anak-anak kepada ibu bapa. Selain itu, ia boleh menyebabkan gangguan tekanan perasaan traumatik, kemurungan dan keresahan kepada anak-anak anda di kemudian hari.

4. Gambar semasa buang air

Anda perlu ingat bahawa apa sahaja gambar anak-anak anda yang dipostkan akan kekal selamanya di media sosial. Adakah anda fikir anak-anak remaja anda mahu orang lain melihat gambarnya sedang berbogel dan buang air besar.

5. Butiran peribadi

Pastikan keselamatan anak-anak anda dengan tidak berkongsi nama penuh, alamat mereka, di mana mereka bersekolah, di mana pusat asuhan mereka dijaga ke media sosial. Anda tidak tahu siapakah yang mungkin menggunakan maklumat ini untuk tujuan berniat jahat.

6. Gambar sedang dibuli

Cuba pertimbangkan bagaimana gambar-gambar anak-anak anda sedang dibuli boleh memberi kesan kepada anak-anak anda di sekolah. Sebagai contoh, gambar mendedahkan kelemahan, ketakutan atau mungkin memanggil dengan nama gelaran tertentu boleh mengaibkan anak anda dan memberi kesan ke atas kehidupan sosialnya.

Sumber : Ong Guan Tong

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending