Connect with us

Inspirasi

Galas Tanggungjawab Utama, PDRM Tetap Laksana Tugas Walau Berhujan

Selain petugas kesihatan, pihak polis dan juga askar merupakan frontliner yang terpenting kepada negara. Tugas mereka saat ini memastikan rakyat Malaysia, patuh dengan segala arahan yang telah disarankan oleh kerajaan termasuklah Perintah Kawalan Pergerakan.

Sudah semestinya, terdapat individu yang masih berdegil dan ingkar dengan arahan PKP ini. Namun, para anggota PDRM dilihat tetap tenang menjalankan tugas mereka walaupun masih banyak rakyat Malaysia yang berdegil tidak mahu berkuarantin.

Respect, berhujan masih lagi jalankan tugas…”

Di media sosial, berlegar-legar gambar anggota PDRM tetap melakasanakan tanggungjawab mereka walaupun hujan lebat melanda. Sudah tentunya, ketekunan mereka melaksankan tugas menyentuh hati ramai rakyat Malaysia dan sekaligus mengucap rasa syukur atas kegigihan mereka.

Terima kasih warga PDRM!

Sudah tentunya, ruangan komen dipenuhi dengan ucapan terima kasih dan juga titipan doa buat anggota yang bertugas walaupun dalam keadaan hujan lebat.

Apalah perasaan keluarga mereka…

Tolong sediakan baju hujan untuk abang2 polis ni

Jangan pertikaikan tugas mereka!

Semoga Allah sentiasa lindungi abang2 polis!

Rakyat Malaysia sekali lagi diseru untuk memudahkan tugas-tugas frontliner ketika ini. Dengan hanya mematuhi Perintah Kawalan Pergerakan, sudah tentunya cukup untuk membantu tulang belakang negara saat ini.

#stayathome

Sumber: Facebook.

Continue Reading
Advertisement

Trending