Connect with us

WOW

Galak Rakyat Daftar Vaksin Covid, Thailand Tawar Cabutan Bertuah Emas & Anak Lembu

Dalam usaha untuk meningkatkan kadar inokulasi, pihak berkuasa wilayah di Thailand menawarkan berbagai hadiah daripada perhiasan emas dan anak lembu sebagai cabutan bertuah kepada mereka yang mendaftar untuk dapat vaksin Covid-19.

Penduduk di Mae Chaem, sebuah daerah di Chiang Mai berpeluang memenangi anak lembu jika mendaftar untuk suntikan itu.

Sementara penduduk daerah Phon di Khon Kaen pula pejabat perbandaran menawarkan perhiasan emas dan memberikan potongan harga di restoran dan kedai tempatan kepada pemenang bertuah.

Ketua daerah Mae Chaem, Boonlue Thammanurak berkata sejak cabutan bertuah dilancarkan, seramai 4,506 orang atau 40 peratus daripada 11,513 mereka yang berisiko sudah mendaftar untuk vaksin COVID-19, lapor BERNAMA.

Setiausaha Tetap wilayah Chiang Mai, Kanok Srivichainan berkata program promosi vaksinasi Mae Chaem akan berlangsung sehingga 70 peratus penduduk daerah itu divaksinasi.

Advertisement

Katanya, daerah Chiang Mai menyasarkan untuk menyuntik 70 peratus daripada 1.73 juta penduduk mulai bulan depan untuk mencapai imuniti kelompok.

Sumber: BERNAMA

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending