Infozon
Gaji RM5,000 Sekarang Ni Sekadar Cukup-cukup Makan
1. Ini tips hidup bahagia walau bergaji kecil. Duit yang banyak bukan penentu kebahagiaan. Yang membahagiakan kita adalah rasa kecukupan tu.
2. Rasa cukup datang bila kita berbelanja bawah kemampuan. Kalau gaji kita RM3,000, berbelanjalah macam orang bergaji RM2,000 contohnya. Sedekah jangan dilupakan.
3. Lebihan RM1,000 tu kita jadikan simpanan untuk pelaburan dan kecemasan. Hati kita jadi tenteram sebab kita sedang merancang masa depan kita yang lebih baik.
4. Kita nampak siapa kita 10 tahun yang akan datang sebab tindakan kita dipandu ilmu. Walau berapa pun gaji kita, berbelanjalah di bawah kemampuan ya.
5. Namun, kita akan rasa tidak bahagia kalau kita bergaji RM5,000, tapi belanja bulanan macam orang bergaji RM6,000. Tak seronok hidup macam tu.
6. Setiap bulan kita terpaksa berhutang dengan kredit kad atau pembiayaan peribadi untuk mencukupkan belanja kita yang negatif RM1,000 tu.
7. Kalau gaji RM4,000, belanja pun RM4,000 tak bagus juga. Memang betul cukup-cukup makan sangat. Rendahkan sikit gaya hidup. Kalau diteruskan, bahaya juga.
8. Nanti kekal takda simpanan kecemasan, takda simpanan pelaburan, takda caruman perlindungan takaful. Malah, tabung untuk beli rumah sendiri pun takda.
9. Hidup kita jadi tidak tenteram sebab kita tahu, duit kita tidak pernah cukup. Kita sendiri tak pasti macam mana hidup kita nanti kerana kita tidak pernah merancangnya.
10. Kita jadi takut dan cemas tiap kali musibah melanda. Takda ilmu pengurusan kewangan dan pelaburan. Akhirnya, keluarga dan kenalan terdekat menjadi mangsa.
11. Mari berdoa bersama-sama.
Ya Allah Ya Razzaq. Limpahkan kami dengan rezeki-Mu. Kurniakan kami iman yang mantap dan ilmu yang bermanfaat. Hindarilah kami daripada sikap boros, tamak dan rasa takut.
Aamin Ya Robbal Aalamin.
Sumber : Harith Faisal

-
WOW1 year ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF1 year ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon1 year ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi1 year ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF1 year ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit