Connect with us

Infozon

Gaji RM2,500 Tak Cukup? Lelaki Ini Kongsikan Cara Untuk Simpan RM100k & Beli Kenderaan Baru

Selepas setahun anda berdisiplin menyimpan sebanyak RM550 sebulan maka PNB pun tiba tiba umumkan dividen. Katakan hanya 7.5% sahaja setahun. Kiraan tidak termasuk bonus tau. Hasil yang anda bakal dapat adalah sebanyak RM7,500 dividen bagi sijil 100k.

Target asal anda hanya RM6,600 sahaja tetapi anda terpaksa terima lebih sebanyak RM900. Jika yang lebih nie anda tak mahu, boleh masukkan dalam akaun saya yerk.hehehe

Sekarang anda sudah punya wang pendahuluan atau wang untuk bayar downpayment. Anda terus ambil semua duit dividen sebanyak RM7,500 tersebut.

Selepas itu anda boleh melangkah dengan yakin ke showroom kereta. Jangan kelabu mata pulak yerk bila nampak kereta lain yang lebih mengoda. Bezza mahupun Persona. Buat buat tak nampak sahaja tau. Fokus wei Fokus!! Myvi adalah pilihan terbaik buat anda. huhuhu

Masa tu anda zap zap zap sign dokumen beserta bayaran 10% downpayment sebanyak RM6,600. RM900 anda simpan lar semula dalam asb tu kasi dia beranak semula.

Sebulan kemudian anda dapat kereta idaman anda tu dengan bayaran RM550 juga sebulan. Sepertinya anda perlu mengeluarkan RM1,100 sebulan untuk dua komitmen tersebut. Jangan pula anda gelabah dan batalkan sijil asb 100k anda tu pula. Teruskan sahaja bayaran seperti biasa. Apa nak kisah, kan gaji anda RM2,500 sebulan. Masih ada baki RM1,400 untuk dibelanjakan.

Selepas setahun, seperti biasa dividen akan diumumkan sekali lagi. Tadaaa, anda dapat semula duit RM6,600 anda tu. Tapi yang ajaib anda masih dapat lebih sebanyak RM900 menjadikan total dividen RM7,500.

Tahun ketiga anda sudah bayar hanya satu komitmen sahaja iaitu bulanan kereta anda. Kenapa begitu?? Ini kerana dividen yang anda dapat pada tahun kedua digunakan untuk rolling bayar sijil asb 100k sebanyak RM6,600 setahun. Baki dividen sebanyak RM900 biarkan sahaja didalam buku.

Anda ulang langkah diatas hingga tahun ke-10(sijil asb 100k) atau tahun ke-9(bayar kereta). Komitmen bulanan anda hanya RM550 sahaja untuk dua benda iaitu Sijil Asbf 100k dan Kereta Myvi.

Sumber :  MUliadi Ramli

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending