Connect with us

Infozon

Gaji Kecil Atau Besar Bukanlah Jaminan Kejayaan, yang Pasti Adalah Permulaan

Anda yang bergaji RM1500 – RM2000 boleh cuba cara ini

1. Permulaan bekerja atau dah bekerja lama pun masih belum ada simpanan. Mula cipta simpanan kecemasan sebagai langkah pertama dalam kewangan. Simpan 10%-30% dari gaji. Simpan sekurang-kurangnya 3-6 bulan gaji. Simpanan ini kalau boleh asingkan dari akaun gaji.

Contoh:

  • Gaji RM2000 X 3 (bulan) = RM6000

Ambil 15% dari gaji sebagai simpanan. 15% X RM2000 = RM300 sebulan

  • RM6000/ RM300 = 20 bulan @ 1 tahun 6 bulan

Selepas langkah pertama selesai, mulakan dengan pelaburan pertama ASBF @ ASB Financing @ ASB Loan

2. Tingkatkan simpanan bulanan pada tahun berikutnya. Contoh RM400 sebulan. Asingkan simpanan dan pelaburan.

  • Simpanan kecemasan @ TH = RM225
  • Pelaburan ASB = RM275 sebulan @ RM50K

Gunakan teknik compounding + rolling dengan mengekalkan bayaran yang masih sama iaitu RM275 untuk pelaburan ASBF. Anda mohon sijil kedua pada tahun berikutnya. Maka jumlah sijil anda adalah RM100k @ RM275 sebulan.

Ingat cara ini perlukan disiplin yang tinggi

  • Sijil 1 : RM50k (compounding)
  • Sijil 2 : RM50k (rolling)

Selepas 4 tahun hasilnya :

Sijil 1 :
Baki prinsipal : RM2,365
Dividen terkumpul : RM10,823
Jumlah : RM13,188

Sijil 2 :
Baki prinsipal : RM1713
Dividen terakhir : RM3375
Jumlah : RM5,085

Hasil simpanan di TH : RM12,131

Simpanan kecemasan : RM6,000

Jumlah keseluruhan : RM13,188 + RM5,085 + RM12,131 + RM6000 = RM36,404

 

3. Harga rumah semakin naik, jangan gopoh kalau belum ada simpanan cash yang kukuh. Elakkan budget bulanan lari jauh. Test kemampuan diri boleh simpan amount yang sama tak dengan harga rumah yang nak dibeli?

Tepuk dada tanya diri. Mesti boleh bila tahu kemampuan diri

4. Cash yang ada boleh dilaburkan untuk beli rumah pertama/ kahwin/ travel/ umrah/ kembangkan duit lagi

5. Kembangkan duit, boleh dilaburkan ke :

  • Emas
  • Property investment : flipping, undercon, subsale
  • Unit trust
  • Maximise ASBF

6. Perlindungan diri : Takaful, medical card, life, cash value, waiver, TPD

7. Pembahagian asset :

Wasiat/ Hibah. Ini sebagai persediaan sebelum pergi, kita tak tahu bila pergi tetapi tidak salah kita lengkapkan kewangan diri. Beri kesenangan lepas kita pergi, jumlah perlindungan boleh digunakan untuk tutup hutang, uruskan jenazah kita dan lebihan untuk belanja keluarga.

Ini hanyalah ilustrasi yang boleh dilakukan mengikut kemampuan diri. Cabar diri baru tahu boleh buat atau tidak.

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending