Infozon
Gaji Hingga RM100 Sehari, Pasar Borong Perlukan 500 Lagi Pekerja Tempatan!

Siapa sangka sejak Pasar Borong Selayang bebas daripada ‘kuasa’ warga asing, semakin ramai warga tempatan yang mencari peluang untuk bekerja di lokasi berkenaan.
Malah dengan gaji bermula RM60 hingga RM100 sehari, tidak hairan sekiranya tawaran tersebut menjadi rebutan bagi mereka yang tiada pekerjaan selain diberhentikan kerja akibat kesan pandemik Covid-19.
Bagi peniaga barangan runcit, Saharudin Dorani, dia dan peniaga lain kini sedang mencari individu yang berminat untuk bekerja di situ agar dapat ‘menakluk’ semula sektor tersebut.
“Setiap hari lebih 20 individu datang mencari kerja dan diterima terus kerana peniaga memang memerlukan tenaga kerja segera.
“Bekerja di pasar tidak sama keadaannya di tempat berhawa dingin namun itu perlu diketepikan demi mencari sesuap nasi khususnya di saat ramai yang hilang pekerjaan,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Gambar sekadar hiasan
Saharudin berkata, masih terdapat 500 lagi kekosongan kerja bagi membolehkan pasar borong berkenaan beroperasi pada tahap sepenuhnya malah masih terdapat peniaga yang belum memulakan perniagaan gara-gara tiada pekerja.
Tambah Setiausaha Persatuan Penjaja-Penjaja dan Peniaga-Peniaga Melayu Wilayah Persekutuan (PPPPPMWP) Cawangan Pasar Harian Borong Selayang itu, sehingga kini lebih 300 individu telah diambil bekerja di pelbagai bahagian jualan dimana kebanyakan mereka adalah dari industri perhotelan dan pelancongan yang terjejas akibat Covid-19.
Sumber : Harian Metro

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit