Connect with us

WTF

Gajah Berumur 70 Tahun Dipaksa Buat Persembahan Di Sri Lanka

Gajah merupakan antara haiwan liar yang bersaiz besar. Walau bagaimanapun, jika haiwan tersebut dijaga dan dirawat oleh manusia, ia secara semulajadi akan jinak dan tidak lagi agresif seperti ketika ia berada di habitat asalnya.

Namun begitu, sejak dahulu lagi kita sering mendengar bahawa gajah telah dilatih sebagai haiwan untuk mengadakan persembahan atau tarikan pengunjung.

Gajah tua dipakaikan kostum

Sebagai contoh, menerusi Facebook Save Elephant Foundation, satu posting mengenai penderaan terhadap gajah berusia 70 tahun telah dilakukan.

Hal tersebut berlaku di Sri Lanka apabila gajah yang diberi nama Tikiri telah dipakaikan kostum serta dipaksa membuat persembahan api bersama penari.

Kondisi sebenar Tikiri telah didedahkan di Facebook sumber yang jelas sekali kelihat uzur dan sudah dimamah usia.

Terlampau tua

Tambah posting itu lagi, Tikiri adalah seekor gajah betina tua dan merupakan antara 60 ekor gajah yang digunakan untuk persembahan semasa Festival Perahera di Sri Lanka.

Sumber : Save Elephant Foundation

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending