Connect with us

Infozon

Genap Setahun Rakan Karib Terlantar Koma, Gadis Pohon Doa Ramai

Sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan berlangsung, rakyat Malaysia disajikan dengan pelbagai berita dan juga kisah-kisah yang tidak terjangka. Malah, saat ini juga rakyat Malaysia menyaksikan pelbagai insan serta golongan saling bantu-membantu diantara satu sama lain.

Semalam di Twitter, seorang gadis yang dikenali sebagai Iman, memuat naik sekeping gambar bersama kapsyen yang sangat menyentuh hati ramai pengguna laman tersebut.

“17 April, genap setahun awak koma…”

Iman menyatakan bahawa kawan baiknya, Nur Aishah Balqis telah koma selama setahun dan kondisi rakannya itu turut dimuat naik melalui kepingan gambar. Malah dia juga menyatakan hasrat serta berhasrat agar orang ramai juga turut mendoakan kesejahteraan rakan baiknya itu.

Koma akibat kemalangan…

Kenalan lain turut terkesan!

Diruangan komen juga, beberapa kata-kata semangat dan komen turut ditinggalkan oleh para pengguna Twitter yang lain. Malah, kenalan Nur Aishah Balqis juga dilihat turut terkesan dengan nasib yang menimpa gadis berkenaan.

Jangan putus asa, sentiasa berdoa…

Semoga Allah permudahkan urusan keluarganya…

Semoga cepat sedar & sentiasa kuat!

Semoga terselit keajaiban…

Semoga adik Nur Aishah Balqis diberi kesembuhan dan Allah titipkan keajaiban untuk hamba-Nya. Insha-Allah.

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending