Connect with us

WTF

Gadis Maut Akibat Renjatan Elektrik, Cas Telefon Guna Kabel Rosak Berbalut “Tape

Sering kali juga terdengar mengenai kes-kes kematian tidak dijangka, yang disebabkan renjatan elektrik berlaku ketika si mati mengecas telefon bimbit ketika tidur. Walaupun sering kali terjadi, namun ramai yang tidak mengendahkan perkara ini dan menganggapnya sebagai nasib malang.

Satu lagi kejadian yang berlaku, dimana seorang gadis berusia 17 tahun di Thailand telah dijumpai meninggal dunia di dalam biliknya sendiri. Paling menyedihkan, ibu gadis berkenaan menyangkakan gadis berkenaan sedang tidur, walhal dia telah mati akibat renjatan elektrik!

Pengecas rosak, wayar dibalut dengan pita pelekat!

Gadis yang dikenali sebagai Nong Ying ini, dikatakan sedang bermain telefon di dalam biliknya bersendirian. Pada masa yang sama dia mengecas telefon bimbitnya menggunakan kabel yang rosak, yang hanya di balut dengan tape sahaja.

Wayar berlaga dengan besi katil

Wayar rosak berkenaan, dipercayai terkena pada besi katilnya dan menyebabkan berlakunya renjatan sehingga gadis tersebut meninggal dunia. Dilaporkan juga terdapat beberapa kesan terbakar ditangan kiri gadis berkenaan yang dipercayai digunakan untuk memengan telefonnya.

Jasad dah terkaku, tak dapat diselamatkan lagi…

Kejadian yang menimpa gadis ini telah disedari oleh ibunya, Boonpeng Tuponchai, yang baru sahaja pulang ke rumah dan menemui anaknya terbaring kaku didalam bilik. Pada awalnya, dia menganggap anaknyaa itu cuma tertidur dan cuba untuk mengejutkannya namun dia merasakan ada renjatan elektrik pada tubuh gadis itu.

Pihak berkuasa menyifatkan kejadian ini terjadi akibat renjatan elektrik oleh wayar lama, yang telah dibaiki dan hanya dibaluti dengan pita pelekat menyebabkan berlakunya renjatan tersebut.

Dinasihatkan kepada orang ramai agar tidak bermain telefon apabila sedang dicas. Lebih baik untuk meletakkan alat pengecasan jauh dari tempat duduk ataupun katil.

Sumber: Daily Mail.

Continue Reading
Advertisement

Trending