Inspirasi
Gadis Itali Diculik Selama 18 Bulan, Pulang Ke Negara Asal Dengan Status Islam

Seorang gadis warga Itali yang menjadi mangsa tebusan di Somalia, Afrika Timur selama 18 bulan akhirnya dibebaskan dan selamat tiba di negara asalnya pada 10 Mei lalu.
Menurut laporan Daily Mail, Silvia Romano yang bekerja sebagai sukarelawan sebuah kumpulan kemanusiaan Itali di Kenya telah diculik pada November 2018 oleh beberapa individu bersenjata.
Selain memakai topeng muka akibat wabak Covid-19, gadis berusia 24 tahun itu tampil menutup kepalanya dengan selendang labuh sebelum tiba di lapangan terbang Rome Ciampino.
Setibanya di lapangan terbang, Romano memeluk ibunya malah turut disambut oleh pegawai utama kerajaan termasuk Perdana Menteri Itali, Giuseppe Conte dan sekumpulan pihak media.
Conte tidak lupa mengucapkan terima kasih kepada ejen perisik Itali yang melakukan pelbagai usaha bagi membebaskan gadis terbabit daripada menjadi tahanan di Somalia.
Laporan di Itali mengatakan bahawa penculik menyerahkan gadis itu kepada kumpulan pelampau Islam Al-Shabab yang dianggap bertanggungjawab atas sejumlah penculikan di Kenya.
Menurut laporan NYtimes pula, dia dengan sukarela memeluk Islam ketika dalam tahanan malah menukar nama kepada Aisha selain menafikan dipaksa untuk menikahi salah seorang penculiknya.
Sumber : Daily Mail , The New York Times

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit