Connect with us

WOW

Gadis Ini Peroleh Pendapatan Lumayan Sekelip Mata, Kerana Baju Ala Permaisuri Agong

Sememangnya Raja Pemaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disayangi oleh rakyat jelata sehinggakan menjadi perhatian ramai baru-baru ini.

Aksi dan gelagat baginda yang bersahaja bersama rakyat telah membuatkan ramai yang tertarik dan terpegun melihatnya.

Baju seakan sama dengan fesyen permaisuri jadi rebutan

Seorang peniaga atas talian yang bernama Nur Farisya Irwayu merupakan salah seorang peniaga yang menjual baju kurung fesyen seakan-akan sama dengan permaisuri agong.

Baju kurung tersebut yang dinamakan sebagai ‘Kurung Queen’ telah dikatakan menjadi rebutan baru-baru ini.

Berikutan itu, permintaan terhadap baju ini mula mendapat sambutan ramai kerana tidak mahu ketinggalan untuk mengikuti gaya penampilan permaisuri agong.

Disebabkan itu, Farisya telah memperolehi pendapatan yang lumayan kerana sambutan yang menggalakkan. Keadaan ini menyebabkan Farisya tidak menang tangan untuk melayan pelanggan di Whatsapp.

Menurutnya, baju rekaan tersebut sudah dijual semasa musim perayaan lagi, namun kali ini baju tersebut didatangi dengan ‘cape’ dalam satu set.

Dia yang merupakan agen kepada pembekal di Perak, perlu mengepos kira-kira 200 bungkusan bagi pesanan baju ‘Kurung Queen’ tersebut.

Ternyata baju kurung tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri sehingga menjadi rebutan, di samping mahu kelihatan sopan sama seperti permaisuri agong kita.

Sumber: Mstar

 

Continue Reading
Advertisement

Trending