Connect with us

Cute

Gadis Cina Cilik Dedikasikan TikTok Khas Buat Datuk Dr Noor Hisham

Tanggal 21 April (hari ini) merupakan hari lahir Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia iaitu Datuk Dr Noor Hisham Abdullah. Wajahnya setiap hari ditunggu-tunggu rakyat untuk mengetahui perkembangan semasa COVID-19 di Malaysia.

Bukan setakat itu, Dr Noor Hisham yang dianggap sebagai hero Malaysia kini menerima pelbagai penghargaan dan ucapan sempena ulang tahunnya yang ke 57 dari segenap lapisan masyarakat.

TikTok khas buat hero Malaysia…

Anak kecil yang bernama Shanice Lim yang berusia 4 tahun, juga turut tidak ketinggalan mendedikasikan ucapan dan nyanyian hari jadi buat Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia.

Paling unik sekali, gadis cilik berbangsa cina ini menggunakan kretiviti dan laman TikTok sebagai medium ucapannya.

“Happy Birthday to hero…”

Bertambah terharu, gadis comel ini turut selitkan pesana-pesan berguna daripada Datuk Dr Noor Hisham kepada masyarakat disepanjang videonya. Malah, ucapannya mengucapkan terima kasih dan rasa sayang terhadap KP Kesihatan Malaysia ini sangat menyentuh hati.

Ramai yang puji Shanice Lim comel!

Video TikTok tersebut kemudiannya meraih perhatian ramai dek kecomelan dan juga kepetahan kata-kata adik Shanice Lim ini. Diruangan komen, penuh dengan kata-kata pujian yang mengatakan gadis cilik berkenaan sangat comel.

Comel sangat ni…

Sumber: Twitter.

Continue Reading
Advertisement

Trending