Connect with us

Inspirasi

Gadis 16 Tahun Dari Malaysia Tawan Puncak Elbrus, Terima Anugerah Pendaki Termuda Asia Tenggara

Umur hanyalah sekadar nombor, pucuk pangkalnya terletak kepada keinginan diri kita. Macam seorang gadis berusia 16 tahun ini, kalau anda nak tahu gadis ini telah membuat sesuatu yang tidak ramai rakan seusianya mampu lakukan.

Gadis yang dikenali sebagai Sara Sofea ini telah memecah rekod apabila menjadi peserta termuda yang berjaya menawan puncak tertinggi Eropah, Gunung Elbrus.

Kalau nak tahu, gunung Elbrus terletak di Banjaran Caucasus, Selatan Rusia dan bersempadan dengan wilayah Gerogia serta merupakan sebuah gunung berapi, tapi jangan risau lava dah tak aktif lagi.

Dapat anugerah pendaki termuda Asia Tenggara

Bayangkanlah ketinggian gunung ditambah pula dengan cuaca yang sejuk dan salji tebal, memang kuat betul mental serta fizikal pelajar tingkatan empat dari Sekolah Menengah Sains Kuala Selangor.

Bukan calang-calang pengiktirafan yang diterima adik Sofea ini, kejayaan dia menarik perhatian Presiden Mountaineering, Rock Climbing & Sports Tourism, Federation Of Kabardino-Balkarian, Republic of Rusia, Abdul Halim Olimezov.

Justeru, adik Sofea ini telah mendapat anugerah sebagai pendaki termuda Asia Tenggara yang berjaya menawan puncak tertinggi di Eropah itu.

Jalur Gemilang berkibar di puncak Elbrus

Lebih membanggakan, Jalur Gemilang dikibarkan di puncak gunung Elbrus menambahkan lagi rasa terharu di hati rata-rata rakyat Malaysia.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada adik Sofea, semoga dapat terus membanggakan dan mengharumkan nama Malaysia di persada dunia.

Sumnber : Harian Metro

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending