Connect with us

Inspirasi

Gadai Nyawa Selamatkan Jiran Tua, Remaja Maut Melecur Diangkat Sebagai Wira Negara

Seorang remaja Iran yang meninggal dunia kelmarin diangkat sebagai wira negara selepas tindakan beraninya menyelamatkan dua jiran wanita yang terperangkap dalam kebakaran di kediaman berhampiran di bandar Izeh.

Memetik laporan Iran Press, Ali Landi bertarung nyawa selama dua minggu di unit rawatan rapi (ICU), hospital Isfahan akibat melecur iaitu sebanyak 90 peratus sebelum menghembuskan nafas terakhir.

Presiden Iran, Ebrahim Raisi dalam satu kenyataan memuji tindakan remaja berusia 15 tahun itu yang disifatkan sebagai ‘kisah pengorbanan’ yang perlu dimasukkan dalam bahan pembelajaran di sekolah supaya memberi inspirasi kepada generasi lain.

Advertisement
“Kematian tragis anak muda Ali Landi, seorang remaja yang bersemangat, sangat menyedihkan dan memilukan. Nama remaja yang berani dan bersemangat untuk menyelamatkan dua nyawa akan didaftarkan di kalangan wira negara ini,” katanya.

Memetik laporan Anadolu Agency, kerajaan telah meminta pengawai di hospital agar memberikan rawatan terbaik kepada Ali selain menanggung semua kos perbelanjaan. Namun, Allah SWT lebih menyayanginya.

Diberi penghormatan tentera

Advertisement

Kisah itu tular di media sosial dan pemergian remaja terbabit mengundang rasa sebak dalam kalangan warganet yang kagum dengan keberanian Ali yang sanggup bergadai nyawa bagi menyelamatkan seorang wanita berusia 80-an dan anak perempuannya.

Sumber: Iran Press , Anadolu Agency , Twitter

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending