Connect with us

Inspirasi

Frontliner Muslim & Yahudi Berdoa Sebelah2 Lepas Rawat Pesakit Covid-19

Dua petugas ‘frontliner’ beragama Islam dan Yahudi di Israel melakukan ibadah mengikut ajaran masing-masing ketika waktu rehat yang jarang dilihat oleh orang ramai.

Menerusi laporan Daily Mail, Zoher Abu Jama dan Avraham Mintz baru selesai menguruskan pesakit Covid-19 yang mengalami masalah pernafasan di bandar Israel, selatan Beersheba.

Gambar dua lelaki itu dirakam rakan petugas sehingga tular dan meraih ribuan tanda suka di media sosial yang memaparkan Jama duduk antara dua sujud menghadap Kaabah manakala Mintz pula berdiri menghadap Jerusalem (Baitulmaqdis).

Mintz adalah bapa kepada sembilan anak yang tinggal di Beersheba dan merupakan petugas perubatan kecemasan negara (MDA) sepenuh masa yang melatih sukarelawan.

Jama pula merupakan bapa tujuh anak dari Kota Badui, Rahat yang berdekatan adalah salah seorang sukarelawan yang dilatih oleh Mintz.

Kehidupan ini indah sekiranya setiap individu saling menghormati dan bertolak ansur antara satu sama lain tanpa diskriminasi terhadap agama, bangsa atau warna kulit.

Sumber : Daily Mail

Continue Reading
Advertisement

Trending