Connect with us

Inspirasi

Foto ‘Runner’ Foodpanda Berbasikal Tular, Individu Prihatin Sudi Hadiahkan Motor

Sejak semalam, foto seorang runner Foodpandar yang menaiki basikal ketika menghantar makanan telah tular di media sosial. Walaupun sudah ada peneranagan yang pelbagai daripada warganet berkenaan keadah penghantaran itu, masih ada yang simpati dengan kegigihannya.

Akan dapatkan motosikal

Menerusi laman Twitter Pengerusi Badan Bertindak Pemantau Jenayah Malaysia (MyWatch) Datuk Seri Sanjeevan Ramakrisnan telah menulis bahawa dia ingin meminta bantuan orang ramai mengenalpasti identiti lelaki kerana ingin membantunya.

Menurut Sajeevan, beliau bercadang ingin menghadiahkan motosikal buatnya untuk tujuan memudahkannya bekerja.

Terbaik boss!

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 7 ribu tanda suka itu juga menghadirkan pelbagai respon daripada warganet. Rata-rata memberikan maklum balas positif diatas kesanggupan Sajeevan.

Ada juga warganet yang menjelaskan bahawa lelaki itu berkemungkinan memang walk panda iaitu penghantar makanan yang hanya berjalan kaki atau menaiki basikal dalam kejauhan tidak lebih daripada 1km.

Mak dia selalu kutip kotak

Tak salah bantu dia upgrade taraf hidup

 

Sumber: Ds Sanjeevan

Continue Reading
Advertisement

Trending