Connect with us

Inspirasi

Foto Pengantin Lelaki Dukung Ibu Di Akad Nikah, Undang Sebak Ramai

Dua insan di dunia ini yang tiada galang gantinya, adalah ibu yang melahirkan kita ke dunia, kerana itulah syurga di bawah tapak kaki seorang insan bergelar ibu.

Terbaru, tular beberapa keping foto pernikahan menerusi Facebook jurufoto, Seniman Visual, memaparkan nilai kasih sayang seorang anak dan pengorbanan ibu yang mahu melihat kebahagiaan zuriatnya.

Pengantin lelaki dukung ibu

Antara foto yang menyentuh hati, apabila pengantin lelaki mendukung ibunya yang sudah tidak mampu berjalan memasuki ruangan sebuah masjid, dimana majlis pernikahan diadakan.

Menurut jurufoto tersebut, majlis pernikahan itu adalah antara momen yang paling sebak pernah mereka ambil, apabila melihat begitu besarnya pengorbanan seorang ibu.

Saksikan hari bahagia anak2

Menyaksikan hari bahagia anak-anak adalah impian buat setiap ibu bapa, begitu juga dengan ibu ini. Meskipun dalam keadaan uzur, namun demi anak-anak, dia menggagahkan diri untuk hadir melihat sendiri anak lelakinya bergelar seorang suami.

Dapat diperhatikan menerusi foto yang dikongsi, suasana sekitar pernikahan menjadi sayu apabila kesemuanya tidak dapat menahan sebak melihat nilai kasih sayang seorang anak kepada ibunya.

Kepada sesiapa yang masih mempunyai ibu, dimana pun kita berada atau sejauh mana telah pergi, janganlah sesekali kita lupa untuk terus menyalur bakti buat kedua orang tua kita.

Sumber : Seniman Visual

Continue Reading
Advertisement

Trending