Connect with us

Inspirasi

Foto Bapa Pakai Kostum Arnab Tenung Anak Makan Tepi Jambatan Cetus Hiba

Salah satu tanggungjawab bapa adalah mencari rezeki untuk keluarga. Tidak kiralah bagaimanapun pekerjaan tersebut, asalkan ia halal dan boleh menampung kehidupan, ia tetap dianggap usaha.

Paling utama apabila sudah bergelar ibu dan bapa adalah membuang jauh-jauh rasa ego dan bersedia untuk melakukan lebih banyak pengorbanan dalam kehidupan.

Tenung saja anak sedang makan

Hal ini samalah seperti perkongsian yang diperoleh menerusi satu portal negara seberang, Indonesia yang mana memaparkan gambar seorang bapa yang memakai kostum arnab sambil memerhatikan anaknya makan dengan lahap disisinya.

Jadi penghibur jalanan untuk duit harian

Menurut portal tersebut lagi, lelaki tersebut hanya memerhati sahaja anaknya yang leka menikmati makanan. Dia juga dikatakan mencari rezeki sebagai penghibur jalanan di daerah Gunadarma, Margonda, Depok, Selatan Jakarta.

Oleh hal yang demikian, dapat kita pelajari disini bahawa kasih sayang sorang bapa terhadap anak memang tiada tolok bandingnya kerana sanggup melakukan apa sahaja demi keselesaan dan kepentingan anak-anak serta keluarga.

Sumber : Makassar terkini.id

Continue Reading
Advertisement

Trending