Connect with us

Inspirasi

Fizikal Tak Sempurna, Pemuda Tetap Sujud Tunai Solat Demi Agama

Sebagai umat Islam, solat merupakan tiang agama dan seharusnya dilaksanakan dalam apa keadaan sekalipun. Bukan itu sahaja, tuntutan tersebut hendaklah dijalankan kerana ia adalah rukun Islam yang kedua selepas mengucap dua kalimah syahadah.

Tak sempurna bukan alasan tak solat

Menerusi satu perkongsian yang tular di Twitter, seorang lelaki telah solat dalam keadaan susah payah kerana kelihatan seperti seorang yang  kurang upaya.

Dapat ribuan perkongsian

Muat naik yang dibuat pada beberapa hari lepas kelihatan begitu menyentuh hati sehingga telah di RT sebanyak hampir 54 ribu perkongsian.

Video yang berdurasi 24 saat itu sememangnya memberikan seribu satu ikhtibar kerana tiada langsung alasan untuk tidak solat memandangkan orang yang tidak dapat berdiri dengan sempurna pun mampu untuk mendirikan ibadah tersebut.

Sumber: Ibrahim Yusuf

Continue Reading
Advertisement

Trending