Connect with us

Infozon

Firaun Manakah Yang Mengejar Nabi Musa A.S.?

Banyak artikel dan teori yang menyingkap misteri Firaun manakah yang tenggelam di zaman Nabi Musa a.s.Dalam artikel ini, saya akan cuba mengajak anda semua berfikir dan membuat sedikit analisa berkaitan dengan apa yang akan cuba saya sampaikan.

Beberapa calon popular Firaun yang paling dipercayai tenggelam ialah Thutmose II (1494 SM – 1479 SM) dan Ramesses II (1279 SM – 1213 SM).

Namun setelah membaca beberapa artikel berkaitan, saya membuat kesimpulan bahawa Firaun yang tenggelam adalah termasuk dalam Dinasti ke-18 Firaun. Firaun dari Dinasti ke-18 memerintah Mesir dari 1550 hingga 1295 SM.Oleh itu Firaun yang tidak termasuk dalam Dinasti ke-18 bolehlah diabaikan dari menjadi calon paling sesuai ditenggelamkan oleh Allah SWT.

Secara ringkasnya Firaun yang memerintah dalam Dinasti ke-18 secara turutannya ialah :

Ahmose I (Ahmosis I) – Amenhotep I – Thutmose I – Thutmose II – Ratu Hatshepsut – Thutmose III – Amenhotep II – Thutmose IV – Amenhotep III – Amenhotep IV ( Akhenaten) – Smenkhkare – Tutankhamun – Kheperkheprure Ai – Horemheb.

Rameses II yang terkenal itu termasuk Firaun pada Dinasti ke-19.

Jika dilihat kepada tahun kelahiran Nabi Musa a.s iaitu pada 1436 SM, baginda dilahirkan di Mesir pada zaman pemerintahan Firaun Amenhotep II (1427-1400 SM). Baginda meninggal dunia pada tahun 1281 SM iaitu ketika berusia 120 tahun! Oleh itu saya membuat kesimpulan bahawa Firaun yang hidup sezaman dengan Nabi Musa ialah dari Firaun Amenhotep II hinggalah Firaun Ramesses II (1279-1213 SM) iaitu Firaun ketiga dalam Dinasti ke-19.Ini adalah kerana tahun 1279 SM itu dikira tahun pemerintahan Ramesses II dan ia hanya beza 2 tahun dari tahun kematian Nabi Musa a.s (1281 SM).Secara logik akalnya Firaun Ramesses II sudah ada sewaktu kematian Nabi Musa a.s, kerana tak mungkin Ramesses II naik takhta ketika umur 2 tahun!

Saya, secara peribadinya mempercayai Firaun yang tenggelam itu adalah Firaun Amenhotep III iaitu bapa kepada Firaun Amenhotep IV [ Amenhotep IV menukar namanya kepada Akhenaten dan beliaulah yang memperkenalkan agama monoteisme – menyembah Tuhan yang satu]

Penemuan Jasad Firaun

Allah SWT berfirman di dalam Surah Yunus (10) ayat 90-92 iaitu “Dan Kami selamatkan Bani Israel melintasi laut, lalu mereka diikuti oleh Foraim dan bala tenteranya kerana hendak menganiaya dan menindas (mereka), hingga apabila Firaun itu telah hampir tenggelam, berkatalah dia : “Saya percaya bahawa tidak ada Tuhan melainkan Tuhan yang dipercayai oleh Bani Israel dan saya termasuk orang yang berserah diri (kepada Allah). (Allah berfirman) : Apakah sekarang (baru kamu percaya)?, padahal sesungguhnya telah kamu derhaka sejak dahulu dan kamu termasuk orang yang berbuat kerosakan. Maka pada hari ini, Kami selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi pengajaran orang yang datang sesudahmu dan sesungguhnya kebanyakan daripada manusia lalai akan tanda-tanda kekuasaan kami”.

Apa Sebabnya Jasad Firaun Masih Terpelihara Sehingga Kini?1

Seperkara yang Allah janjikan di dalam ayat ini adalah jasad Firaun yang tenggelam akan diselamatkan supaya menjadi pengajaran kepada manusia sejagat.

Firaun atau “Pharoah” adalah untuk gelaran raja-raja yang memerintah Mesir kuno pada satu ketika dahulu termasuklah zaman Nabi Musa. Sejarah menunjukkan, Firaun tenggelam dan mati lemas di Laut Qulzum. Kajian pakar-pakar kaji purba atau arkeologi berjaya mengenal pasti Firaun yang tenggelam itu. Dia bernama Merneptah, anak kepada Firaun Ramses II yang terkenal.

Penemuan mayat Firaun Merneptah berlaku pada tahun 1898 di Mesir oleh seorang pakar arkeologi bernama Loret. Mayatnya telah ditemui di dalam bentuk mumia. Seorang pakar lain, Elliot Smith membuka tutupannya pada bulan Julai 1907 bagi melakukan pemeriksaan ke atas mumia Merneptah.

Seterusnya pada tahun 1975, kajian yang lebih terperinci dilakukan oleh Dr. Maurice Bucaille bersama beberapa orang ahli sains yang lain. Mereka menggunakan, antaranya, teknik pemeriksaan dalaman atau endoskopi dan X-ray terutamanya pada bahagian perut dan dada mumia. Kesemua pemeriksaan ini dilakukan di Kaherah.

Keputusan kajian ini dibentangkan oleh cendekiawan Perancis termasuklah kumpulan Akademi Perubatan Kebangsaan Perancis pada awal tahun 1976. Hasil-hasil kajian menunjukkan, Firaun Meneptah inilah yang mengejar Nabi Musa dan Bani Israel sebelum dia sendiri lemas di lautan. Keputusan kajian ini menyebabkan pihak berwajib Mesir bersetuju menghantar mumia Merneptah ke Perancis supaya dirawat pada bulan September 1976.

Pemimpin-pemimpin hari ini yang menganggap dirinya hebat dan agung perlu mengambil iktibar daripada pengalaman Firaun Merneptah. Seorang pemimpin yang mengaku dirinya Tuhan pun akhirnya mati ditenggelamkan oleh air dilautan. Namun, apa yang ingin ditekankan di sini, bukankah telah pun datang segala bukti yang sahih menunjukkan kebenaran Al-Quran dan wahyu Allah SWT. Apakah engkau masih berpaling daripada kebenaran?

Sumber : Sangtawal

Story (dicyduk!)

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending