Connect with us

Inspirasi

Usia Baru 6 Tahun Kiraan Zikir Fatimah Sudah Lebih 7400 Kali, Hadiah Untuk ‘Mamajee’

Detik yang paling sukar dalam fasa kehidupan manusia, adalah apabila terpaksa berdepan dengan kehilangan insan yang tersayang buat selama-lamanya.

Buat Instafamous cilik, Fatimah Omar Mukhlis, 6 tahun, kehilangan bapa saudaranya, iaitu Chef selebriti terkenal Allahyarham Muhammad Adam Mahamed Ismail, 29, atau lebih dikenali sebagai Adamdidam, masih lagi dirasai sehingga kini.

Utus doa buat mamajee

Menerusi perkongsian di Instagram, ibu Fatimah merangkap kakak kepada arwah Adam, mendedahkan bahawa anaknya setiap hari tidak pernah putus berdoa untuk pakciknya tersayang yang dipanggil mamajee.

https://www.instagram.com/p/CARisUGgTEy/

Tasbih sentiasa di tangan

Ibunya memaklumkan, selepas Fatimah tahu pahala di bulan Ramadan berganda, justeru anaknya tidak putus-putus berzikir dan sejak itu tasbih sentiasa di tangannya.

“Tasbih sentiasa di tangan Fatimah sampaikan saya ternampak dia tertidur sambil pegang tasbih banyak kali…”

Baru 6 tahun, dah bertasbih sebanyak 7,400 kali

Bayangkan, Fatimah yang berusia 6 tahun itu telah berzikir sebanyak 7,400 kali dan kiraannya masih berterusan. Malah, ibunya berkata, sehingga tertidur pun Fatimah masih lagi dilihat memegang tasbih elektroniknya.

“Dari awal Ramadan sampai sekarang, Fatimah sudah berzikir lebih 7,400 kali! Kiraan itu sangat mengagumkan bagi seorang kanak-anak berusia enam tahun…”

Hantarkan hadiah ini untuk mamajee

Apa yang lebih mengharukan, segala usahanya berzikir dan berdoa adalah untuk dihadiahkan kepada Allahyarham Adam yang meninggal dunia pada Mei tahun lalu.

“Suatu hari saya terdengar Fatimah berdoa; ‘Ya Allah, tolonglah terima zikir dan amalan baik saya, dan hantarkan hadiah ini untuk Mamajee…”

Cukup besar kasih sayang Fatimah terhadap arwah Adam, sehinggakan doa dirinya pun dia tidak kisahkan, asalkan dapat dia mengutuskan doa serta amal kebaikkannya untuk arwah.

Dua benda anak kecil ini telah mengajar kita, yang pertama adalah nilai kasih sayang yang tulus ikhlas dan kedua, pengharapan kepada yang Maha Esa.

Sumber : The Family UK

Continue Reading
Advertisement

Trending