Connect with us

Inspirasi

Faham Doktor & ‘Nurse’ Tak Sempat Makan, Pemuda Belanja KFC Bagi Petugas Hospital

Berdasarkan kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) semalam, Sabah menjadi negeri ketiga yang mencatat kes tertinggi Covid-19 di negara ini.

Bagi petugas perubatan di hospital, komitmen sepenuhnya diberi dalam memastikan pesakit mendapat rawatan pencegahan sekaligus tidak berjangkit dengan orang lain.

Malah kadangkala akibat terlalu sibuk, mereka tidak sempat menjamah makanan demi memberikan perkhidmatan terbaik sehingga tamat waktu bertugas.

Namun mujurlah baru-baru ini terdapat satu pertubuhan kebajikan di negeri itu secara sukarela menyumbang makanan segera kegemaran ramai iaitu Kentucky Fried Chicken (KFC) kepada petugas yang terlibat.

Lebih kurang lapan bungkusan KFC dibeli di restoran sebelum diagihkan kepada wakil petugas di luar hospital yang sedikit sebanyak dapat menggembirakan hati mereka. Siapa yang tak suka makan kan?

Walaupun kelihatan agak letih, namun mereka masih mampu tersenyum dan melayani sularelawan terbabit yang sudah tentu bersyukur atas rezeki serta pemberian tersebut.

Sumber : Facebook

Continue Reading
Advertisement

Trending