Infozon
Enam Tentera Thai Kembali Dari AS Disahkan Positif Covid-19

Thailand mencatat 10 kes baharu COVID-19, termasuk enam anggota tenteranya yang pulang dari menjalani latihan ketenteraan di Hawaii, Amerika Syarikat dalam tempoh 24 jam lepas.
Hari ini merupakan hari ke-60 tanpa jangkitan tempatan di Thailand dengan jumlah keseluruhan kes ialah 3,279.
Tentera Thailand dijangkiti Covid-19
Jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA) Thaweesilp Wissanuyothin berkata semua kes baharu melibatkan warga Thai yang sedang menjalani kuarantin wajib di kemudahan kerajaan selepas kembali dari luar negara.
Empat lagi kes adalah mereka yang kembali dari Sudan, Pakistan, Jerman dan Belanda.
Kena kuarantin 14 hari
Sejumlah 342 mereka yang kembali dari luar negara dan dikuarantin 14 hari di kemudahan disediakan kerajaan didapati positif dalam saringan COVID-19 sejak 3 April.
Setakat ini, sejumlah 3,279 kes COVID-19 dengan 58 kematian dilaporkan di Thailand.
Sejumlah 3,107 pesakit sudah pulih dan pulang ke rumah sementara 114 masih lagi berada di wad.
Sumber : Bernama

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit