Infozon
Empat Tahun Hidap Kanser Darah, Pemuda Terlantar Sakit Perlukan Bantuan

Timbalan Ketua Bahagian Kulai (Bersatu), Mohd Fairuz Kassim tampil menyeru orang ramai bagi menghulurkan sumbangan kepada seorang pemuda yang menderita akibat kanser darah.
Menerusi laman Facebook miliknya, Fairuz memuat naik sebuah posting berharap orang ramai dapat meringankan beban Muhamad Nasrullah yang telah menghidap penyakit berkenaan selama hampir empat tahun.
Lebih menyayat hati, pemuda berusia 21 tahun itu hanya mampu terlantar atas katil di Hospital Sultanah Aminah selain kelihatan lemah tidak berdaya.
Menurut Mohd Fairuz, bapa pesakit yang dikenali sebagai Abd Halim pula tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga Nasrullah sepenuh masa dengan hanya berbekalkan wang pencen.
Sumbangan dialu-alukan
“Saya dah ikut kes dia ini selama dua tahun dan bapanya tidak bekerja kerana menjaganya hanya mengharap duit pencen sahaja. Kalau ada sahabat-sahabat yang nak bagi sumbangan dialu alukan.
“Bagi sahabat-sahabat yang ingin menyumbang boleh terus berhubung dengan bapa adik ini Haji Abd Halim di talian 019-7177280 atau boleh juga minta bantuan saya di talian 018-9757338,” tulisnya.
Ramai tersentuh
Sehingga kini, posting tersebut telah mendapat 2,700 perkongsian dalam kalangan warganet yang turut bersimpati dengan keadaan pemuda berkenaan.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan doa agar Nasrullah diberikan kesembuhan serta dipermudahkan urusan untuk menghadapi ujian tersebut.
Semoga dipermudahkan
Semoga diangkat segala rasa sakit
Sayu melihat keadaan pemuda ini. Semoga dia terus kuat melawan penyakitnya serta memperoleh keajaiban untuk sembuh seperti dahulu kala. Amin!
Sumber: Facebook

-
WOW11 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit