Connect with us

WOW

Elak Covid-19 Menular, Universiti Di Jepun Adakan Majlis Graduasi Guna Robot

Umum sedia maklum bahawa ketika ini seluruh dunia sedang gawat kerana dilanda Covid-19. Semua institusi pengajian tinggi terpaksa ditutup bagi mengelakkan penularan wabak maut tersebut.

Namun begitu, sudah tentu ketika ini ada sesetengah pusat pengajian tinggi telah menjadualkan majlis konvokesyen untuk pelajarnya. Ada sesetengah tempat terpaksa ditunda dan ada juga yang menggunakan inisiatif lain dalam bergraduasi.

Inisiatif universiti

Menerusi satu perkongsian yang tular di media sosial, sebuah universiti di Jepun telah menggunakan robot sebagai pengantara untuk para graduan merasai majlis konvokesyen mereka.

Robot wakil ambil sijil

Dalam perkongsian tersebut dapat dilihat apabila para graduan hanya perlu menjawab panggilan video dan melihat sendiri robot tersebut mengambil sijil mereka daripada dekan.

Masih dapat bergambar bersama dekan

Perkara tersebut bukan sahaja dilihat begitu kreatif, malahan membantu para pelajar dapat bergraduasi pada tempoh waktu yang dijangkakan. Hal ini merupakan salah satu inisiatif universiti di Jepun memandangkan Covid-19 sedang menular.

Walaupun tidak dapat merasai perasaan majlis graduasi yang sebenar, mereka tetap dapat bergambar dengan dekan universiti walaupun sekadar dari panggilan video sahaja.

Sumber : Takuya Ohsawa

Continue Reading
Advertisement

Trending