Infozon
Elak Beli Kereta Jika Anda Graduan Baru Bekerja

Membeli kereta pada dua tahun pertama merupakan kesilapan besar fresh graduate atau graduan yang baru bekerja dengan gaji rm1800 hingga RM2500. Wujud pulak tawaran beli kereta “skim tanpa deposit” yang mana tak perlu bayaran pendahuluan dan penjamin. Tapi fresh graduate ni tak tahu bila tak ada bayaran deposit, secara automatik bayaran bulanan dan interest bank akan jadi tinggi.
Bila tak mampu menanggung beban bayaran balik hutang pinjaman kereta yang tinggi setiap bulan dalam tempoh yang panjang, pihak bank akan isytiharkan muflis.
Bayangkan masa belajar di IPTA/IPTS dah hutang dengan PTPTN, bila dah kerja tambah lagi hutang dengan bank. Sebab tu orang kata ramai graduan yang tamat pengajian memulakan pekerjaan dengan kewangan negatif.
Rasa nak beli jugak kereta? Baca yang ini dan fikir
1. Bila tamat pengajian, ramai ada impian nak beli kereta.
2. Terlalu lama naik motor, buat kita rasa naik kereta macam naik belon rasanya.
3. Gaji pertama guna beli kereta, beban hutang jadi dua, PTPTN dan kereta. Biasanya kereta yang dibeli oleh bakal graduan/mereka yang baru bekerja ialah (Myvi,Axia,Vios,Honda City).
4. Tujuh tahun ke depan anda tanggung beban. Jika tamat pengajian pada usia 23 tahun, usia 30 baru habis hutang kereta.
4. Nak beli rumah susah sebab hutang kereta lama sangat. Bank pun ketawa tengok sikap anda.
5. Kereta yang dibeli harga RM60 000+ selepas 7 tahun dah jadi RM20 000. Nak jual dah tak laku.
6. Jangan teruja bila ada kawan bergambar depan kereta dan atas bumbung Almera. Itu semua hutang bukan harta.
7. Naik LRT pun selesa jugak, banyak awek di dalamnya. Naik motor pun syok jugak, sebab tak perlu berbaris panjang bila traffic jammed. Tahun pertama dan kedua naik motor atau kenderaan awam apa salahnya.
8. Buat tabungan dan lupakan dulu hal kereta, ramai orang menyesal beli kereta dulu cuma mereka malu nak cerita. Tapi kita kenal siapa mereka.
9. Jangan percaya jika dia kata beli kereta hasil titik peluhnya, dia mungkin baru bayar duit muka. Hutang bank masih lagi berganda.
10. Trending sekarang bukan beli kereta tanyang waktu konvo, tapi beli rumah yang sederhana.
Pengalaman aku beli kereta baru
Aku yang beli Vios pun sakit nak bayar ansuran bulan RM900. Minyak sahaja dah RM200 sebulan. Tak campur lagi dengan maintenance kereta semasa service setiap 3 bulan sekali. Sekali service antara RM300-RM400. Kena jugak sediakan duit sekiranya berlaku kerosakan seperti tayar bocor atau kemalangan. Tayar bocor ganti dengan tayar baru RM250 sebiji. Bayaran parking kereta pun kena ambil kira. Bila beli kereta baru, mesti teringin nak make up kereta kan? Tambah skirting, spoiler, tukar audio, letak tinted gelap, tukar sport rim..kos nak make up kereta tu je dah mencecah RM2000 hingga RM3000.
Satu tayar bocor kena tukar dua tayar baru untuk nak bagi balance. Kat situ dah RM500 Kalau sebiji tayar RM250.
Orang yang baru bekerja biasanya ni tak nampak mana yang lebih penting. Memang nampak seronok tengok orang yang baru graduate bawak kereta baru. Tapi kita tak sedar kadang-kadang poket diorang lebih kering dari poket kita. Aku cakap hasil dari pengalaman aku sendiri. Sepatutnya kita lebihkan simpanan sebab lebih banyak benda yang kita perlu buat sebelum beli kereta!
Contohnya, kahwin. Lepas kahwin, kereta dah boleh kongsi, rumah pun dah boleh beli. Beban kewangan ditanggung bersama, lebih jimat dan kepala pun tak pening fikir cara nak bayar hutang.

-
WOW10 months ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF11 months ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF2 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF2 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon11 months ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
Inspirasi10 months ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF1 year ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
WTF11 months ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit