WTF
‘Edit’ Foto KP Kesihatan Tak Pakai Seluar, Pemuda Tetap Dicaci Walaupun Dah Minta Maaf

Walaupun sedang menjalani tempoh kuarantin kendiri di rumah, perkara itu tidak menghalang Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah untuk mengadakan sidang media COVID-19 secara ‘online’.
Bagaimanapun, tidak sangka pula terdapat pihak yang terlebih ‘kreatif’ dengan memanfaatkan situasi tersebut untuk dijadikan bahan jenaka.
Lawak melampau!
Sejak semalam, pengendali laman Facebook MGAG berkongsi satu posting gambar wajah Dr Noor Hisham yang disunting menjadikan hanya memakai pakaian separuh badan.
Posting itu bagaimanapun mendapat cemuhan dan kritikan daripada orang ramai yang menganggap perkara sebegitu tidak sopan untuk dijadikan bahan jenaka.
Tampil mohon maaf
Justeru itu, seorang individu dikenali sebagai Cho Jun Yang, tampil mengaku melakukan suntingan gambar tersebut dan memohon maaf secara terbuka di laman Facebook miliknya.
Menurutnya, dia hanya berniat untuk bergurau dan mengurangkan ketegangan situasi semasa kerana peningkatan kes COVID-19 yang mendadak.
“Saya minta maaf atas kesilapan dan kebiadapan saya kerana buat lawak hambar photoshop DG Hisham tidak pakai seluar/pakai kain pelikat masa buat live.
“Niat saya bukan untuk troll beliau tetapi hanya nak buat lawak untuk mengurangkan ketegangan suasana. Namun, sekarang saya faham niat adalah berbeza dari kesan,” tulisnya.
Maaf tak diterima
Sementara itu menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan tindakan lelaki itu adalah biadab selain sukar menerima permohonan maaf tersebut.
Jangan buat lagi bro!
Masa buat tak fikir dulu!
Semoga kita semua sentiasa menjaga batas dan tindakan terutama di media sosial, apatah lagi melibatkan ‘hero’ Malaysia yang telah banyak berjasa sejak wabak Covid-19 melanda negara ini.
Sumber: FacebookÂ

-
WOW2 years ago
Jujur & Setia Kunci Utama, Tips Bercinta Dari Zaman Sekolah Sampai Kahwin
-
WTF2 years ago
Musuh Islam Makin Mengganas di India, Imam Masjid Disimbah Asid
-
WTF3 years ago
Gara-Gara Berkaki Ayam Di Pantai Port Dickson, Tapak Kaki Wanita Ini Jadi Sarang Cacing
-
WTF3 years ago
Wanita Lempar Anak Kucing Jiran Kerana Kerap Masuk Ke Halaman Rumahnya
-
Infozon2 years ago
Benci Permusuhan, Ada Rakyat Hindu Jadi ‘Pagar’ Ketika Muslim Di India Solat Jumaat
-
WTF3 years ago
Kerajaan China Dilaporkan Berlaku Kejam, Bunuh Dan Jual Organ Kaum Muslim Uighur
-
Inspirasi2 years ago
Sambil Pantau Rakyat, Abang Polis & Askar Gilir2 Solat Tepi Jalan
-
WTF2 years ago
25 Tahun ‘Berkepit’ Dengan Bantal Busuk, Dah Koyak Pun Sanggup Hantar Pergi Jahit