Connect with us

Inspirasi

Dunia Dilanda COVID-19, Pelarian Syria Hantar Doa Dari Jauh Buat Malaysia

Dalam kalangan rakyat Syria, Malaysia sangat dikenali sebagai negara yang kerap dan banyak menyumbang daripada pelbagai segi untuk keperluan para pelarian di sana.

Namun, kali ini saat negara kita pula diuji dengan wabak penyakit berjangkit, Koronavirus (COVID-19) yang saban hari mencatat angka bilangan pesakit dan kematian.

Pelarian Syria simpati nasib Malaysia

Buat para pelarian di Syria, mereka meluahkan rasa simpati melihat keadaan negara yang selama ini banyak membantu mereka, dilanda pula dengan wabak penyakit.

Untuk membantu daripada segi kewangan mungkin mereka tidak berkemampuan, namun pertolongan tetap juga mahu berikan untuk semua rakyat Malaysia.

Syria kirim doa dari jauh untuk Malaysia

Menerusi salah satu video yang mula tular, memaparkan sekumpulan pelarian Syria, yang terdiri daripada warga emas, lelaki dewasa dan kanak-kanak, bersungguh-sungguh berdoa untuk kesejahteraan kita di sini.

Doa Syria untuk Malaysia

Sekumpulan pelarian warga Syria memanjatkan doa khusus untuk Malaysia meski dalam keadaan mereka yang serba kekurangan."JUST STAY AT HOME, DUDUK DI RUMAH & JANGAN KELUAR"#BeritaRTM #RTM #COVID19Malaysia #PerintahKawalanPergerakan #StayAtHome #DudukDiRumah

Posted by Berita RTM on Wednesday, March 25, 2020

Sebak rasanya mendengar bait-bait doa yang mereka sampaikan untuk kita dia Malaysia, sedangkan hidup mereka juga lebih susah daripada kita, namun tetap juga kita diingati dan didoakan.

Sumber : Berita RTM

Continue Reading
Advertisement

Trending