Connect with us

WOW

Dugaan ‘Lockdown’! Bising Bergaduh Dalam Rumah, Ibu Takutkan Anak Guna Angsa

Ketika berdepan pandemik Covid-19 yang mana kebanyakan masih perlu duduk di rumah, tidak dinafikan agak sukar bagi ibu bapa untuk mengawal tingkah laku dan ragam anak-anak.

Memberi teguran secara lembut sudah, membebel pun sudah. Namun, anak-anak masih berada di ‘dunianya’ sendiri sehingga terpaksa mencari jalan untuk si kecil berkelakuan baik atau senyap seketika seperti yang dilakukan seorang ibu di Taiwan ini.

Ibu berkenaan memuat naik dua keping foto di sebuah Facebook group memperlihatkan tiga anaknya yang berkumpul ketakutan di sudut ruang tamu, manakala satu lagi foto memaparkan dua ekor angsa di dalam rumah mereka.

Menerusi kapsyen, dia bergurau dengan mengatakan: Anak-anak terperap di rumah kerana pandemik dan tidak dapat keluar bermain. Mereka tidak mendengar kata saya dan membuat bising, jadi saya terpaksa menggunakan angsa untuk menggigit mereka,”.

Posting tersebut menerima 12,000 tanda suka dan 1,700 komen warganet dimana rata-rata berasa lucu dengan tindakan si ibu yang disifatkan berjaya mengawal anak-anaknya kerana dilihat menangis ketakutan.

Advertisement

Malah, ada juga individu yang menghadapi situasi sama membuat gurauan dengan menyatakan hasrat untuk ‘menyewa’ angsa berkenaan selain prihatin mengenai keselamatan kanak-kanak tersebut.

Bagaimanapun, si ibu menjelaskan bahawa angsa itu kebiasaannya berada di balkoni rumah sahaja dan anak-anaknya tidak berada dalam situasi bahaya.

Sumber: Facebook , AsiaOne

Continue Reading
Advertisement

Trending