Connect with us

Infozon

Warga Emas Didenda Langgar PKP, Orang Kampung Kumpul Duit Bantu Bayar RM1,000

Memang kita semua sudah sedia maklum bahawa sesiapa sahaja yang didapati melanggar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) bakal berdepan dengan denda dan hukuman penjara.

Baru-baru ini, dilaporkan seorang warga emas berbangsa Cina, berusia 80 tahun telah dikenakan denda sebanyak RM1000 kerana melanggar PKP.

Duduk luar restoran tunggu bantuan makanan

Warga emas itu dikenali sebagai Mr. Li, dikatakan dia berada di luar kawasan sebuah restoran sebelum didatangi beberapa orang anggota polis.

Difahamkan, menerusi maklumat ketua kewangan Buddha Ayer Kuning, Li Junmin, memberitahu warga emas itu sebenarnya adalah orang susah dan dia duduk disitu kerana mahu menunggu bantuan makanan.

Mr. Li putus punca pendapatan

Sebelum tempoh PKP, kebiasaanya Mr. Li akan keluar pergi menoreh, bercucuk tanam dan banyak lagi pekerjaan lain untuk menampung kehidupannya seharian.

Orang kampung kumpul duit bayar denda

Justeru, Li Jungmin memaklumkan, organisasi Buddha selalu mengagihkan makanan berdekatan restoran tersebut bagi membantu golongan yang memerlukan termasuklah Mr. Li.

“Saya yakin dia keluar hanyalah untuk mengambil makanan di restoran…”

Justeru, selepas mendapat tahu Mr. Li dikenakan denda, penduduk kampung telah bersepakat untuk mengumpulkan wang bagi membantu warga emas itu membayar denda.

Sumber : Lobak Merah & Sinchew

Continue Reading
Advertisement

Trending