Connect with us

Infozon

Dua Adik Ipar Dah Mengandung, Wanita Sedih Dituduh Iri Kerana Belum Hamil

Bagi wanita yang sudah berumah tangga, pasti mengharapkan kehadiran cahaya mata bagi melengkapkan lagi kehidupan berkeluarga.

Sedih masih tak hamil

Namun, setiap insan menerima ujian  yang bermacam jenis. Bagi seorang pengguna TikTok Indonesia yang dikenali sebagai @nengmhitaa, dia berasa begitu sedih apabila belum lagi mempunyai cahaya mata sedangkan dua orang adik iparnya yang bernikah selepasnya sudah disahkan hamil.

https://www.tiktok.com/@nengmhitaa/video/6980875901491809538?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Tak sudah2 ditanya bila nak hamil

Dia juga turut menyertakan beberapa pertanyaan daripada orang sekeliling berkenaan kehamilan yang membuatkan dia begitu sedih.

https://www.tiktok.com/@nengmhitaa/video/6981320857830313218?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Advertisement

“Kenapa perlu iri?”

Namun begitu, ada juga yang kurang peka dengan perasaan para pejuang garis dua ini dan mempersoalkan mengapa pengguna TikTok berkenaan tidak meraikan saja berita kehamilan adik iparnya.

Netizen yang komen turut merasakan tindakan @nengmhitaa meratapi dan menyalahkan nasib sebagai satu perkara yang tidak wajar kerana menurutnya semua itu sudah tertulis pada waktunya.

https://www.tiktok.com/@nengmhitaa/video/6982009829770431771?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Cuba tips2 yang diberikan

Walau bagaimanapun, masih ada yang prihatin dengan memberikan tips-tips untuk hamil yang turut dicuba oleh pengguna TikTok berkenaan.

https://www.tiktok.com/@nengmhitaa/video/6982018280659717402?lang=en&is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Advertisement

Sabar dan terus berdoa sis

Sehubungan dengan perkongsian tersebut, rata-rata warganet telah meninggalkan komen dengan memberikan kata-kata semangat untuk @nengmhitaa agar terus sabar dan kuat menerima ujian ini.

Mereka juga meminta agar orang yang tidak mengalami situasi seperti itu tidak sesuka hati menghina atau mengadili apa yang dirasa pengguna TikTok berkenaan kerana mereka tidak berada di tempatnya.

Kuatkan semangat

Sentiasa positif & yakin dengan rezeki Allah

Ramai yang faham perasaan tu

Teruslah minta doa

 

 

Sumber: TikTok @nengmhitaa

Advertisement

 

Continue Reading
Advertisement

Trending