Connect with us

Infozon

Dr. Amalina Bakri kongsi tips bagi mereka yang ingin ‘fluent’ bahasa Inggeris ala omputih

Siapa yang tidak mengenali pelajar hebat, Nur Amalina Che Bakri yang pernah mengejutkan orang ramai dengan keputusan 17A1 dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) beliau pada tahun 2004. Kini beliau sedang melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan di England.

Baru-baru ini, beliau kerap berkongsi pelbagai tips dengan pengikutnya di laman sosial Twitter. Salah satunya adalah bagaimana cara untuk berkomunikasi dengan mudah dan lancar dalam bahasa Inggeris (BI) berdasarkan pengalaman beliau sejak kecil dahulu.

#1. Kena yakin walaupun ‘broken English’

Menurut beliau, seseorang perlu mempunyai keyakinan diri ketika bercakap dalam BI walaupun menggunakan struktur tatabahasa yang tidak tepat. Paling penting, seseorang perlu hiraukan golongan yang suka melabel mereka sebagai berlagak jika bertutur dalam BI.

#2. Guna platform ‘online’

Beliau banyak menggunakan platform dalam talian yang popular suatu ketika dahulu seperti MSN dan Yahoo untuk berkomunikasi dengan rakan-rakan dari negara luar. Jadi generasi sekarang perlu menggunakan platform yang sedia ada dengan sebaik mungkin untuk meningkatkan kemahiran bertutur dalam BI.

#3. Melalui drama, filem dan lagu

Tambah beliau, melalui tontonan drama, filem dan mendengar lagu dalam BI juga dapat menarik minat seseorang untuk mendalami bahasa tersebut. Melalui cara itu, mereka dapat mempelajari sesuatu perkataan atau ayat yang baru.

#4. Berlatih dan terus berlatih

Biasakan diri untuk bertutur dalam BI dengan orang di sekeliling terutama ketika bersama mereka yang telah fluent dalam percakapan seharian. Dengan cara itu seseorang dapat mengetahui kesilapan dan memperbetulkan struktur tatabahasa mereka.

Sumber : Amalina Bakri

Continue Reading
Advertisement
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Trending