Connect with us

Infozon

Doktor Thailand Desak Tangguh Pembukaan Semula Phuket

Doktor terkemuka di Thailand hari ini mendesak kerajaan menangguhkan pembukaan semula pulau peranginan Phuket kepada pelancong yang telah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib 14 hari, mulai 1 Julai.

Dekan Fakulti Perubatan Hospital Siriraj Universiti Mahidol, Prof Dr Prasit Watanapa berkata kadar vaksinasi yang rendah serta kemungkinan varian baharu akan dibawa masuk ke negara ini yang boleh menimbulkan ancaman baharu.

“Kuarantin dua minggu perlu dilakukan.
“Vaksin tidak berkesan terhadap semua varian. Ya sekarang tidak ada, tetapi kemungkinan akan muncul varian baharu yang tidak dapat dikawal.
“Jika langkah-langkah untuk sekatan kawasan dan mengawal penularan tidak selari dengan vaksinasi, dan orang ramai anggap semuanya akan baik hanya kerana telah divaksin, saya kira ia berbahaya.
“Jika ada penularan baharu di Phuket, saya kir ia akan memburukkan lagi ekonomi,” katanya seperti dipetik oleh Thai PBS.

Gambar sekadar hiasan

Di bawah rancangan “Phuket Sandbox”, pelancong asing yang telah divaksin tidak perlu menjalani kurantin wajib 14 hari. Namun, mereka harus tinggal di pulau itu selama 14 hari sebelum pergi ke wilayah lain dalam negara.

Setakat 15 Jun, sejumlah 6.78 juta orang telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin termasuk 1.83 juta telah melengkapkan dua dos vaksin COVID-19.

Sumber: Bernama

Advertisement

Continue Reading
Advertisement

Trending