Connect with us

WTF

Ditampal Individu Tiada Sivik, Tukang Cuci Gigih Kutip ‘Sticker’ Sepanjang Eskalator

Sejak berlakunya pandemik Covid-19 yang melanda hampir seluruh dunia, pelbagai cara ataupun ‘jalan’ yang digunakan oleh pihak terlibat agar pengambilan suhu tidak diabaikan di lokasi mereka.

Antaranya ialah dengan memberi ‘sticker’ kepada mereka yang sudah mengikuti segala prosedur ditetapkan oleh pihak berwajib seperti di Singapura ini.

Namun menerusi laporan Must Share News, apa yang mengecewakan adalah sikap segelintir rakyat di negara itu yang sesuka hati menampal pelekat diberikan di sepanjang eskalator setelah selesai hal yang dilakukan.

Lebih menyedihkan apabila tular beberapa keping gambar pekerja pembersihan di Novena kelihatan sedang fokus mencabut satu persatu ‘sticker’ yang dilekatkan oleh mereka secara sengaja.

Jelas kelihatan di gambar tersebut, pelekat berwarna-warni penuh di sepanjang eskalator tersebut walaupun tempat untuk membuang ‘sticker’ sudah disediakan namun masih memilih untuk melakukan perkara yang tidak bermoral itu.

Difahamkan, ‘sticker’ yang diberi adalah untuk pelawat yang mahu masuk ke hospital sekali gus membuktikan bahawa suhu mereka ‘normal’ dan boleh masuk ke dalam.

Bagi segelintir yang tiada kesedaran sivik, mereka bertindak sedemikian kerana lebih mudah berbanding terus membuangnya ke dalam tong sampah yang disediakan.

Sumber: Must Share News

Continue Reading
Advertisement

Trending