Connect with us

WTF

Ditakdirkan ‘Pergi’ Dahulu, Suami Rasa Kehilangan ‘Gali’ Semula Kubur Isteri

Pemergian pasangan hidup merupakan satu pengalaman yang sangat menyedihkan bakal dilalui oleh semua insan bergelar suami isteri suatu hari nanti.

Begitulah kisah sedih yang dialami oleh seorang lelaki berasal dari Kota Semarang, Jawa Tengah Indonesia ini apabila dia dikatakan tidak dapat menerima hakikat dan bertindak menggali kubur isterinya yang telah meninggal dunia.

Menerusi satu video yang dikongsi di laman sosial Instagram @fakta.indo, dilihat lelaki tersebut sedang berusaha sedaya upaya menggali kubur isterinya menggunakan cangkul.

Cuba ‘gali’ semula kubur isteri

Difahamkan lagi, lelaki itu tidak dapat melupakan arwah isterinya dan terlalu rindu dengan wanita itu sehingga sanggup menggali kembali jenazah yang telah dikebumikan.

Namun begitu, lelaki tersebut dilihat tersungkur di atas kubur isterinya sendiri sebelum kerja menggali selesai.

Kalau dah gali nak buat apa?

Meninjau ke ruangan komen, video berdurasi 15 saat itu ditonton lebih 400 ribu kali dan dibanjiri komen netizen yang kebanyakan meluahkan kata-kata simpati.

Tak tenang isterinya nanti

Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul

Semoga bertemu kembali di syurga

Ikhlaskan pemergian adalah bentuk cinta terbesar

Sumber: Instagram @fakta.indo

 

"Manusia itu asalnya dari tanah, makan hasil tanah, berdiri di atas tanah, akan kembali ke tanah. Kenapa masih bersifat langit?" - Hamka

Continue Reading
Advertisement

Trending