Connect with us

Inspirasi

Disuruh Balik Ke Agama Asal, Artis K-Pop Muslim Kongsi Kisah Penerimaan Ibu

Sebelum ini, tular di media sosial mengenai seorang bekas artis Korea Selatan yang juga seorang YouTuber memeluk Islam. Jay Kim atau nama Islamnya Daud Kim telah berkongsi kisah perjalanan menjadi seorang mualaf di channel YouTube miliknya.

selepas video tersebut tular, dia sekali lagi memuat naik video kisah penerimaan ibu tercinta berhubung pengislamannya yang agak mengejutkan.

Ibu anggap anaknya gila

Daud Kim yang pada asalnya beragama Kristian Katolik mengakui bahawa ibunya berasa begitu marah dan sukar untuk mempercayai bahawa anak lelaki yang disayangi telah bertukar agama.

Tambah Daud lagi, ibunya telah menganggap dirinya gila kerana mengambil keputusan seperti itu.  Dia juga meminta Daud untuk menukar kembali ke agama asal kerana tidak merestui keputusan yang dibuat.

Sedih & kecewa namun akur

Walau bagaimanapun, selepas diterangkan dengan lebih jelas mengenai keputusan bertukar agama, ibu Daud akhirnya akur dan menerima tindakan tersebut.

Namun, Daud sedar bahawa ibunya sedih dan kecewa dengan keputusannya walaupun mengetahui bahawa anaknya itu sememangnya mempelajari Islam dan tidak menyangka akan bertukar agama secepat ini.

Terdahulu, Daud beralih menjadi ‘Youtubers’ selepas mengeluarkan dua album mini di bawah sebuah syarikat rakaman.

Penyanyi itu sering memuat naik video nyanyian ‘cover’ dan menghasilkan banyak vlog mengenai budaya Islam di Korea.

Sumber : Daud Kim

Continue Reading
Advertisement

Trending