Connect with us

WTF

Diserang Rejim Zionis, Budak 9 Tahun Derita Kulit Melecur

Bagai tiada jalan kesudahan. Itu terjadi kepada penduduk Baitulmaqdis yang sentiasa dalam keadaan berjaga-jaga dengan serangan udara dilancarkan jet pejuang Israel.

Menerusi laman Instagram penyanyi Noh Salleh, dia berkongsi beberapa keping gambar seorang kanak-kanak lelaki yang menjadi mangsa kekejaman puak Zionis.

Budak bernama Abdullah itu adalah salah seorang daripada kanak-kanak Syria yang menanggung kesakitan dan penderitaan akibat serangan udara oleh Israel yang turut mengorbankan nyawa bapanya.

Kulit budak berusia sembilan tahun itu melecur teruk malah beberapa jari tangan dan telinganya hampir tidak kelihatan akibat kesan bahaya bahan kimia yang dilancarkan.

Setelah menanggung kesakitan, difahamkan Abdullah kini berada Turki bagi menjalani rawatan pembedahan plastik pada wajah dan tangannya.

Posting itu mendapat simpati warganet dimana kebanyakannya turut meluahkan rasa sebak melihat keadaan budak terbabit yang mempunyai fizikal tidak sempurna.’

Sumber : Noh Salleh

Continue Reading
Advertisement

Trending