Connect with us

Cute

Disakat Perut Meletup, Budak Lelaki Badan Gendut Berdoa Tidak Mahu Makan Banyak lagi

Biasalah budak-budak, pemikirannya masih ‘suci’ kalau disakat senang sangat nak percaya. Macam kes budak lelaki yang comel ini, menangis teresak-esak dia kena sakat dengan ibu.

Video kanak-kanak lelaki itu kian tular di Facebook, memaparkan gelagatnya yang menangis gara-gara ibunya mengusik, perut boleh meletup kerana terlalu boroi.

Doa sebab perut boroi sangat, takut letup

Geli hati tengok, kanak-kanak lelaki yang berbadan sedikit gempal itu siap berdoa dan berjanji tidak mahu makan banyak agar perutnya tidak meletup.

Betul-betul dia percaya perut akan meletup, memang mengalir air mata siap meronta-ronta dengar ibunya takut perut yang buncit boleh meletup.

Alololo comelnya awak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen juga turut terhibur menonton gelagat kanak-kanak lelaki itu, yang disifatkan sangat comel.

Kesian bah, takut perutnya meletup

Dah besar nanti diet okay

Ibu pun sakan mengusik

Aduhai dik, awak ni memang comel la, jangan risau tak adanya meletup perut awak tu, tapi bila dah besar diet tau.

Sumber : Era Sabah & Prima Kosmetik

Continue Reading
Advertisement

Trending