Connect with us

Inspirasi

Disahkan Bebas Covid-19 Masa Hari Lahir, Gadis Sebak Frontliner Senyap2 Bagi Kek

Menjalani proses kuarantin seorang diri selama 14 hari akibat Covid-19 membuatkan pesakit berasa sunyi dan bosan di dalam hospital sehingga buntu dibuatnya!

Itu dialami seorang gadis Indonesia, Cinta Aditia yang dikuarantin di sebuah hospital di Kota Banjar selama 18 hari sebelum disahkan negatif pada dua hari lalu.

Lebih bermakna apabila keputusan ujian saringan negatif Covid-19 itu kebetulan diterima pada hari ulangtahun kelahirannya yang ke-22.

 

Bagi meraikan hari istimewa itu, beberapa ‘frontliner’ Rumah Sakit Umum Daerah (RSUD) Banjar membuat kejutan dengan menghadiahkan kek kepada gadis tersebut.

Tidak menyangka akan mendapat layanan seperti itu, Cinta sebak dan terharu atas usaha ‘frontliner’ menjayakan kejutan tersebut walaupun sibuk merawat ramai lagi pesakit lain.

Mengimbau kembali jangkitan wabak tersebut, Cinta berkata dia mengalami gejala batuk dan sesak nafas pada 27 Mac lalu selain mempunyai sejarah perjalanan ke Jakarta.

Sumber : detikNews 

Continue Reading
Advertisement

Trending