Connect with us

WTF

Dirogol & Dihamilkan Datuk Sendiri, Budak 11 Tahun Meninggal Dalam Dakapan Ibu

Keluarga, satu perkataan yang membawa maksud begitu besar dalam kalangan umat manusia. Ia adalah hubungna melalui pertalian darah, perkahwinan atau penjagaan di mana para anggotanya tinggal di satu tempat dalam keadaan saling bergantungan.

Sepatutnya, setiap ahli dalam keluarga boleh dipercayai dan berperanan melindungi serta menjaga keselamatan antara satu sama lain.

Namun apakan daya, walaupun rambut sama hitam, tetapi hati lain-lain. Maksudnya, kita tidak tahu baik buruk isi hati seseorang walau ahli keluarga terdekat sekalipun. Mereka juga insan biasa yang sering alpa dengan godaan dunia.

Harapkan pagar, pagar makan padi

Begitulah peribahasa sesuai digambarkan bagi kejadian yang menimpa seorang kanak-kanak perempuan di Thailand ini, yang maut menjadi mangsa kerakusan datuknya sendiri.

Siapa sangka? Datuk, orang yang paling dekat, disayangi dan dianggap sebagai ‘penjaga’, mengkhianati kepercayaan dan meragut masa depan cucunya yang baru berusia 11 tahun itu.

Jumaat lalu, budak malang yang dirogol dan dihamilkan datuknya sendiri dilaporkan telah meninggal dunia dalam dakapan ibunya setelah berjuang melawan kesakitan yang teruk berpunca daripada kehamilan, lapor The Nation Thailand.

Apa salah kanak-kanak itu dilakukan sebegitu rupa? Bukankah sudah menjadi tanggungjawab seorang dewasa untuk melindungi kanak-kanak? Ternyata kalau sudah hidup berpaksikan nafsu, manusia boleh berubah menjadi kejam.

Ketika ditemubual oleh pihak wartawan, ibunya yang berusia 33 tahun menjelaskan bahawa dia sudah bercerai dengan bekas suami selama lima tahun. Pada suatu hari, dia mendapat tahu bahawa anaknya telah dirogol oleh datuk kandung terbabit.

Pada Disember lalu, dia pernah membawa anaknya ke hospital dan doktor mengesahkan anaknya hamil di luar rahim. Waktu itu, anaknya muntah-muntah mengeluarkan makanan dan ubat-ubatan yang telah ditelannya.

Memetik laporan Asia One, doktor turut menyuntik ‘hemagogue‘ untuk membantu mengurangkan kesakitan anaknya, namun ia tidak memberi kesan langsung.

Lalu, pada malam Jumaat lepas, secara tiba-tiba anaknya mengalami simptom muntah-muntah dan menggigil kesakitan sebelum meninggal dunia dalam dakapannya.

Mayatnya dibawa ke Hospital Srinagrind di Khon Kaen bagi tujuan pemeriksaan perubatan dan pengebumian mangsa diadakan keesokan hari di rumahnya di daerah Sahatsakhan, Thailand.

Sementara itu, pihak polis Sahatsakhan telah berjaya mengumpul bukti berkenaan budak tersebut dan mereka akan mengeluarkan waran tangkap daripada mahkamah tempatan dalam masa terdekat.

Sumber: The Nation Thailand, Asia One

Continue Reading
Advertisement

Trending